Jom cantik berseri di pagi raya
Bila hari raya bakal menjelang, pasti semua orang sedang sibuk mempersiapkan itu ini. Kuih raya, duit raya, baju baru, langsir baru, pinggan-mangkuk baru dan segala macam yang baru lah.
Namun, bagaimana pula penampilan diri?
Wajah yang kelihatan lesu dan kusam pasti akan menjejaskan penampilan anda di pagi raya. Jadi penjagaan kulit wajah juga amat penting dan sepatutnya tidak diambil mudah.
Tips cantik berseri di hari raya
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mesti ramai yang dah tak sabar nak kelihatan cantik dan berseri-seri di hari raya kan?
Apakata anda follow tips di bawah;
- Dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya
Kelesuan boleh mencacatkan penampilan anda di pagi raya. Jadi rehat dan tidur yang secukupnya dapat mengelakkan kulit anda menjadi teruk dan mata pon tak jadi panda hehe!
- Buat rawatan facial di spa atau simple facial di rumah
Lakukan rawatan facial untuk kembalikan seri wajah. Boleh lakukan rawatan facial ini seminggu sebelum raya agar kulit kembali pulih sepenuhnya.
- Berjumpa doktor gigi
Dapatkan rawatan doktor gigi untuk kembalikan senyuman manis anda. Pasti hari raya nanti anda akan sibuk bergosip dan bercerita panjang, kan? Jadi jangan biarkan nafas anda berbau akibat gigi rosak, euww!
- Rutin skincare jangan pernah miss
Jangan abaikan rutin penjagaan wajah anda pagi dan malam. Ketika berpuasa, kulit akan mudah kering dan kusam. Jadi dengan melakukan rutin skincare yang betul, kekeringan kulit dapat dikurangkan.
- Pakai sleeping mask
Pakai mask jenis sleeping mask setiap malam kerana ianya mudah, tidak perlu mencuci dan boleh dibawa tidur. Bila anda bangun tidur nanti confirm kulit terasa fresh dan mulus.
- Amalkan pemakanan yang seimbang
Pengambilan makanan yang seimbang adalah amat penting kerana takut-takut masa raya nanti tak muat pula baju raya yang dibeli. Dah terpaksa berhuhuhuhu nanti!
- Banyakkan minum air putih/air masak
Seeloknya ambil sebanyak 2 liter sehari kerana ia sebenarnya dapat membantu menyahkan toksin dalam badan dan akan membuatkan kulit lebih sihat dan kekal terhidrat.
- Pilih gaya solekan yang tidak over dan sesuai
Mungkin anda dah boleh fikir dan mula practice untuk mecapai gaya solekan yang anda inginkan. Yang pasti jangan berlebihan dalam bergaya. Nanti nampak overdo pulak hehe!
- Jangan lupa pakai sunscreen
Jangan lupa pakai pelindung suria atau sunscreen setiap kali keluar rumah. Barulah raya nanti kulit nampak cerah berseri. Kulit burn dan kusam boleh main jauh-jauh, oppss!
So macam mana? Amalkan tips-tips di atas dan lihat bagaimana ianya memberi kesan kepada kulit serta tubuh badan anda.
Boleh dapatkan produk Tokyo Organic di website kami
“Skin care is self care!”
No comments yet. Be the first to leave a comment!