Keunikan Jepun - Kampung Rubah, Pulau Kucing & Pulau Arnab - Tokyo Organic

Tokyo Organic

Informations

News

Tokyo Organic latest news, tips and information all in one place.

Keunikan Jepun – Kampung Rubah, Pulau Kucing & Pulau Arnab

Creator Tokyo Organic, Zunita Ramli ketika melawat Perkampungan Rubah di Jepun.

Jika anda menggemari info-info menarik berkenaan Jepun, anda boleh follow FB: Zunita Ramli & perkongsiannya di FB Page: Catatan Zunita Di Jepun.

Photo: Zunita Ramli

Uniknya Jepun

Di Jepun terdapat tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati seperti Pulau Kucing, Pulau Arnab dan juga Perkampungan Rubah.

Tempat-tempat ini dinamakan sebegitu rupa bukan hanya sekadar nama semata-mata tetapi tahukah anda yang penghuni tempat-tempat tersebut terdiri daripada kucing, arnab dan juga rubah. Unik bukan?

 

Pulau Aoshima – Pulau Kucing

Di sebuah pulau terpencil di selatan Jepun, Pulau Aoshima menjadi antara lokasi pelancongan popular kerana ianya dihuni oleh ratusan kucing liar. Kucing-kucing tersebut hidup bebas di Pulau Aoshima dengan mendiami rumah terbiar dan marayau di sekitar kampung nelayan itu.

Dikatakan kini, populasi kucing di pulau tersebut telah mengatasi jumlah penduduk di situ dengan nisbah 1 manusia bersamaan dengan 6 ke 10 ekor kucing.

Sejarah awal Pulau Kucing ini dikatakan haiwan tersebut dibawa ke Pulau Aoshima untuk mengatasi masalah tikus yang merosakkan bot nelayan dan peralatan menangkap ikan.

 

Pulau Okunoshima – Pulau Arnab

Sekiranya anda peminat Arnab, terdapat sebuah pulau di Jepun yang wajib anda kunjungi iaitu Pulau Okunoshima. Pulau kecil yang hanya mempunyai keluasan 70 hektar ini juga mendapat gelaran Pulau Arnab kerana ianya didiami kira-kira 1000 ekor arnab yang hidup dan bergerak bebas di pulau ini.

Ada teori yang mengatakan pulau ini pernah menjadi lokasi rahsia tentera Jepun untuk membuat ujikaji senjata kimia sekitar tahun 1929. Kerajaan Jepun ketika itu membawa masuk ratusan ekor arnab untuk dijadikan bahan kajian.

Arnab di pulau ini hanya mempunyai jangka hayat untuk hidup sekitar 2 tahun sahaja.

 

Zao Fox Village – Perkampungan Rubah/ Musang

Dalam masyarakat Jepun, rubah adalah antara haiwan yang sering dikaitkan dengan kisah mistik atau lagenda dahulu kala. Ia dikatakan boleh berubah menjadi manusia dan gemar membuat kacau dan banyak helah. Namun, ada juga yang percaya bahawa rubah adalah perantara atau pembawa pesan Dewa Kemakmuran.

Perkampungan Musang atau pun Zao Fox Village ini terletak di wilayah Miyagi, dan menjadi salah satu daya tarikan untuk berkunjung ke Tohoku, Miyagi.

Ianya terletak di kawasan terpencil di Gunung Zao dan menempatkan lebih kurang 100 ekor rubah yang terdiri dari 6 jenis spesis termasuk spesis yang jarang ditemui seperti Silver Fox dan juga Arctic Fox.

 

Tokyo Organic Made In Japan

Jepun juga terkenal dengan rangkaian jenama skincare yang berkualiti dan bermutu tinggi seperti Shu Uemura, SK-II, Kose, Shiseido dan sebagainya. Namun, harganya juga setanding dengan kualiti.

Sekiranya anda ingin mencuba rangkaian skincare Made In Japan namun harganya masih mampu milik berbanding jenama-jenama di atas, anda boleh cuba produk penjagaan wajah dari Tokyo Organic Skincare.

Tokyo Organic Skincare di hasilkan di Jepun dengan standard piawaian yang ketat, jadi anda tak perlu ragui mutu dan kualitinya.

Apa yang lebih menarik lagi, ianya hasil dari idea dan titik peluh Creatornya sendiri iaitu Zunita Ramli, anak kelahiran Malaysia yang kini menetap di Jepun.

 

 

Skincare is an important part of self-care!

 

 

Tokyo OrganicTokyo Organic Skincare TipsTokyo Organic SkincarePerkampungan RubahZao Fox VillagePulau ArnabPulau Kucing
61 Artikel Ditulis

Follow our Facebook and Instagram to get latest update, special offers and the latest product release.

No comments yet. Be the first to leave a comment!

Leave a Comment

Note: Your email address will not be shared with third parties. Marked space * is required.

More Post

FREE sample of our New Sunscreen!

Subscribe to our newsletter and receive two samples of our NEW Sunscreen for free with any purchase of Tokyo Organic products.

 

Get the free samples here.

 

This will close in 15 seconds