Written on 29 November 2022 •
175 views | 0 Comment
Nama genus Rosmary adalah Rosmarinus yang diambil dari perkataan Latin iaitu Ros dan Marinus yang bermaksud “embun laut“
Rosemary
Rosemary adalah tanaman aromatik yang berasal dari kawasan Mediteranian. Ianya sering digunakan sebagai bahan dalam berbagai macam masakan termasuk sup, daging dan sebagainya.
Namun, manfaat Rosemary ini tidak hanya tertumpu kepada masakan semata-mata, tapi juga berkhasiat untuk kesihatan dan kecantikan.
Rosemary tea bagus untuk proses penghadaman dan kesihatan hati dan sekiranya sering diamalkan dapat membantu menyingkirkan toxin dari badan dan melawan keradangan.
Selain Rosemary segar, tanaman ini juga boleh didapati dalam bentuk kering atau minyak essential.
Manfaat Rosemary dari segi kesihatan dan kecantikan.
Dari sudut kesihatan, Rosemary dipercayai dapat menguatkan daya ingatan manakala dalam sastera dan cerita rakyat di Eropah, Rosemary adalah lambang ingatan dan kesetiaan.
Berikut pula adalah manfaat Rosemary dari segi kecantikan.
Melawan bakteria penyebab jerawat
Rosemary dipercayai dapat membantu melawan bakteria penyebab jerawat kerana ianya bersifat anti-bakteria. Tidak hanya itu sahaja, manfaat Rosemary juga dapat mencerahkan kulit lebih bercahaya.
Menyembuhkan iritasi kulit akibat jangkitan
Infeksi kulit seperti eczema, dermatitis dan psoriasis dapat sembuh dan membaik dengan bantuan minyak Rosemary.
Meremajakan kulit
Minyak essential Rosemary adalah salah satu bahan semulajadi dan ianya bersifat antioksidan yang membantu meningkatkan kolagen dan menjadikan kulit anda lebih anjal.
Anti-aging
Sifat Antioksidan dalam Rosemary mampu menguatkan kapilari dan melambatkan proses kemunculan tanda-tanda penuaan. Ia juga mampu menganjalkan kembali kulit anda.
Tokyo Organic Rose Serum mengandungi Rosemary
Manfaat dari pengunaan Rose Serum dari Tokyo Organic adalah seperti di bawah.
Meningkatkan tahap penghidratan kulit
Mengurangkan keradangan kulit seperti eczema, psoriasis dan sebagainya.
Memperbaiki dan mengurangkan jerawat pada kulit
Memudarkan parut jerawat dan meningkatkan kolagen pada kulit.
No comments yet. Be the first to leave a comment!