Written on 19 September 2023 •
159 views | 0 Comment
Luminasari
“Lumina” dalam Bahasa Latin bermaksud “cahaya” atau “sinaran”. Manakala “Sari” pula adalah perkataan yang berasal dari bahasa Melayu dan membawa maksud “pati/ekstrak” atau “kecantikan semulajadi”
Luminasari merujuk kepada produk penjagaan kulit yang menggunakan ramuan semulajadi untuk mencerahkan kulit secara sihat dan semulajadi.
Mikrobiom
Kulit merupakan organ terbesar tubuh kita. Ia menjadi habitat kepada berbilion-bilion mikroorganisma kecil seperti bakteria, kulat, dan virus yg dipanggil mikrobiom kulit.
Mikrobiom adalah bakteria baik kulit yang boleh menghentikan pertumbuhan bakteria jahat. Sifatnya seperti “superhero” melawan dan menghalang “penjahat”.
Mikroorganisma yang tersembunyi ini memainkan peranan penting dalam memelihara kesihatan dan kecantikan kulit serta mengatasi masalah kulit seperti dermatitis atopik, psoriasis, jerawat, dan rosacea.
Adakah set penjagaan kulit anda mesra mikrobiom?
Penjagaan kulit mikrobiom terdiri daripada produk penjagaan kulit topikal yang mengandungi prebiotik, probiotik, postbiotik, atau gabungan ketiga-tiganya sekali.
Penjagaan kulit mikrobiom yang mesra-kulit menggunakan Prebitik, Probiotik dan Postbiotik untuk membantu bakteria baik mengatasi jumlah bakteria yang tidak bagus, yang menyebabkan pelbagai masalah kulit seperti jerawat.
Selain itu ianya mengembalikan bakteria baik yang terkadang dilenyapkan apabila anda menggunakan produk topikal antibakteria penyebab jerawat!
Teknologi Mikrobiom
Teknologi Mikrobiom direka khusus untuk meningkatkan dan menyuburkan mikroflora.
Pendekatan ini adalah untuk memastikan kepelbagaian dan keseimbangan mikrobiota kulit, oleh itu objektif untuk mendapatkan kulit yang sihat dan berseri tercapai.
Teknologi Microbiom Luminasari
Luminasari memperkenalkan rangkaian penjagaan kulit yang memberi tumpuan kepada pembangunan mikrobiom kulit yang seimbang dengan mengenalpasti masalah kulit dan ketidakseimbangan mikrobiom.
Formula yang kaya dengan pre-biotik, peptida dan mineral, berfungsi sebagai “makanan” untuk bakteria baik seterusnya merangsang pertumbuhan bakteria baik dipermukaan kulit sekaligus memberi impak positif ke atas kulit.
Bahan-bahan aktif mikrobiom ini juga sesuai untuk individu yang mempunyai kulit berjerawat dengan menghidrasi kulit secara semulajadi.
Set Penjagaan Kulit Luminasari yang menggunakan Teknologi Mikrobioma tidak hanya selamat untuk semua jenis kulit bahkan memberi banyak manfaat untuk mendapat kulit yang sihat.
Untuk info lanjut/pembelian, anda boleh lihat DISINI!
Beauty is not in the face; beauty is a light in the heart
No comments yet. Be the first to leave a comment!