STOP lakukan 3 perkara ini secara berlebihan! - Tokyo Organic

Tokyo Organic

Informations

News

Tokyo Organic latest news, tips and information all in one place.

STOP lakukan 3 perkara ini secara berlebihan!

tokyo organic, skincare tips

Hati-hati! 3 perkara ini mampu merosakkan Skin Barrier anda!

  1. Terlalu kerap mencuci muka
  2. Menggosok kulit wajah dengan bahan-bahan yang kasar
  3. Eksfoliasi yang berlebihan

Pasti ketiga-tiga perkara di atas tidak asing lagi bagi anda, bukan? Malah ianya adalah rutin biasa dalam penjagaan kulit wajah dan sering diamalkan oleh mereka yang sangat menitikberatkan penjagaan wajah. Namun, kenapa 3 perkara ini dikatakan boleh merosakkan Skin Barrier kulit?

 

 


  • Terlalu kerap mencuci muka

Mencuci muka merupakan salah satu rutin penjagaan wajah yang biasanya dilakukan oleh kebanyakan orang. Proses ini dapat memastikan kulit anda bersih dari sebarang solekan, minyak atau kotoran.  Namun, terlalu kerap mencuci muka akan menyebabkan gangguan pada kelembapan semulajadi kulit, dan kulit wajah juga akan mudah iritasi.

Bahkan, kulit wajah anda juga boleh menjadi terlalu berminyak. Hal ini berlaku apabila munculnya minyak di area wajah tertentu sebagai tindak balas tubuh untuk melawan kekeringan yang timbul akibat terlalu kerap mencuci muka.

Kekerapan terbaik yang disarankan untuk mencuci muka adalah 2 ke 3 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam hari sebelum istirahat atau sebelum masuk tidur. Namun sekiranya kulit terlalu kering, sebaiknya hanya dilakukan 2 kali sahaja.

 

  • Menggosok kulit wajah dengan bahan-bahan yang kasar

Kulit wajah adalah aset berharga bagi wanita. Jadi ianya perlu dijaga dengan berhati-hati. Bayangkan sekiranya kulit wajah anda bermasalah, pasti akan membuatkan keyakinan diri anda menurun, bukan? Bagi mengelakkan kulit wajah bermasalah atau rosak, elakkan menggosok kulit wajah dengan kasar atau menggunakan bahan-bahan kasar seperti scrub kerana ianya boleh merosakkan Skin Barrier kulit wajah anda.

Melakukan scrub adalah rutin yang bagus kerana ianya dapat membersihkan sel kulit mati yang akan membuatkan wajah kusam sekiranya dibiarkan. Namun, ianya tidak boleh dilakukan secara kerap dan prosesnya juga perlulah dilakukan secara tertib atau perlahan.

Terlalu kerap menggunakan scrub contohnya, akan menyebabkan physical stress pada kulit sekaligus mendatangkan iritasi atau masalah kulit yang lain.

 

  • Eksfoliasi yang berlebihan

Proses eksfoliasi adalah proses di mana ianya mengikis atau membersihkan sel-sel kulit mati yang berada pada lapisan terluar kulit. Eksfoliasi ini juga dilakukan untuk membantu memperbaiki tona kulit agar tidak kelihatan kusam sekaligus dapat meransang pertumbuhan sel-sel kulit yang baru.

Namun, melakukan eksfoliasi secara berlebihan boleh menimbulkan masalah kulit yang lain seperti kemerahan/keradangan pada kulit, iritasi atau boleh juga menimbulkan masalah jerawat. Jadi, proses peeling/eksfoliasi hanya perlu dilakukan pada masa-masa tertentu sahaja dan bukannya dilakukan secara kerap/berlebihan.

 

Less is more!

 


Tips skincare dari Tokyo Organic!

Elakkan melakukan 3 perkara ini dan gunakanlah produk yang selamat dan lembut pada kulit seperti Produk Tokyo Organic Skincare!. Pasti kulit anda kekal sihat secara semulajadi!

Klik sini sekiranya anda berminat untuk dapatkan produk-produk Tokyo Organic.

 

The choices is yours!

 

face cleanserTokyo Organic Skincare TipsRose Cleansing MousseTokyo Organic
61 Artikel Ditulis

Follow our Facebook and Instagram to get latest update, special offers and the latest product release.

No comments yet. Be the first to leave a comment!

Leave a Comment

Note: Your email address will not be shared with third parties. Marked space * is required.

More Post

FREE sample of our New Sunscreen!

Subscribe to our newsletter and receive two samples of our NEW Sunscreen for free with any purchase of Tokyo Organic products.

 

Get the free samples here.

 

This will close in 15 seconds