Dapatkan kulit glowing secara alami - Tokyo Organic

Tokyo Organic

Informations

News

Tokyo Organic latest news, tips and information all in one place.

Dapatkan kulit glowing secara alami

Memiliki kulit yang bersinar atau glowing memberikan penampilan wajah yang sihat dan terjaga. Akan tetapi, gaya hidup yang kurang sihat serta bertambahnya usia seseorang membuatkan kesihatan kulit wajah terganggu.

Namun anda tak perlu risau, ada pelbagai cara untuk dapatkan kulit wajah glowing dan cerah dengan mudah.

Punca kulit nampak kusam dan kering serta kurang glowing

  • Stress

  • Kurang tidur
  • Kurang gizi
  • Terdedah kepada sinaran matahari terlalu lama

  • Merokok berlebihan
  • Minum Alkohol

Jadi untuk mendapatkan kulit yang glowing dan sihat, anda perlu hindari perkara-perkara di atas ini terlebih dahulu.

Menukar gaya hidup ke arah yang lebih sihat sangat membantu kulit wajah anda menjadi sihat dan glowing secara semulajadi. Hidup sihat, kulit pun sihat. Senang bukan?

 

Cara membuat kulit wajah glowing secara alami

Sekiranya anda memiliki kulit yang kusam, ada beberapa cara yang anda boleh lakukan di rumah yang pastinya akan membuatkan kulit wajah anda kembali berseri.

  • Membersihkan wajah dengan rutin yang betul – Membersihkan wajah dapat menanggalkan segala kekotoran yang menempel seperti makeup, minyak dan habuk-habuk pencemaran di sekeliling. (Anda boleh cuba Tokyo Organic Rose Cleansing Mousse)

 

  • Gunakan Masker kunyit – Kunyit mengandungi zat curcumin yang memiliki sifat antioksidan dan anti-inflamasi yang kuat. Zat ini menghilangkan radikal bebas berbahaya yang boleh merosakkan kulit.

 

  • Rutin melakukan eksfoliasi – Melakukan eksfoliasi sekurang-kurangnya 1 ke 2 kali seminggu dapat menanggalkan sel-sel kulit mati dan membuatkan wajah tampak glowing.

 

  • Dapatkan istirahat yang cukup – Mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya sangat efektif bagi mengurangi lingkaran hitam bawah mata dan menjadikan kulit lebih anjal.

 

  • Makan makanan yang mampu mencerahkan kulit dari dalam – Amalkan memakan buahan-buahan (Pisang, betik, mangga etc) dan sayur-sayuran (Tomato, brokoli, lobak, bayam dan sayuran daun hijau etc)

 

  • Jaga wajah agar kekal lembap – Moisturizer dapat mengunci kelembapan, meningkatkan penyembuhan, dan memiliki sifat antioksidan untuk mendorong penampilan kulit yang glowing dan awet muda. (Anda boleh cuba Tokyo Organic Rose Hydra Gel Moisturizer)

 

  • Pastikan sentiasa terhidrasi – kulit terdiri dari sel-sel yang memerlukan air agar ianya berfungsi dengan baik.

 

  • Gunakan sunscreen secara rutin – Sinar UV mampu menyebabkan kerosakan pada kulit akibat terdedah kepada sinaran matahari. Jadi penggunaan sunscreen sangat membantu menghalang sinar UV sampai ke kulit.

 

  • Rajin bersenam – Melakukan senaman secara rutin bukan sahaja bagus untuk kesihatan tubuh, malah baik juga untuk kondisi kulit.

 

Skincare dari rangkaian Tokyo Organic

Produk Tokyo Organic bebas daripada SLS/SLES, paraben, tiada mineral oil, pewarna sintetik dan juga tiada kandungan bahan kimia merbahaya.

Jadi ianya selamat digunakan dan tidak akan meninggalkan kesan sampingan pada kulit jika menggunakannya dalam  jangka masa panjang.

Berminat dengan produk Tokyo Organic? Boleh dapatkan DI SINI!

 

 

 

Healthy skin is not an overnight process.

 

 

61 Artikel Ditulis

Follow our Facebook and Instagram to get latest update, special offers and the latest product release.

No comments yet. Be the first to leave a comment!

Leave a Comment

Note: Your email address will not be shared with third parties. Marked space * is required.

More Post

FREE sample of our New Sunscreen!

Subscribe to our newsletter and receive two samples of our NEW Sunscreen for free with any purchase of Tokyo Organic products.

 

Get the free samples here.

 

This will close in 15 seconds