Kepentingan hidrasi Kulit
Mungkin ada sesetengah orang menganggap kelembapan hanya perlu dibimbangkan oleh orang yang memiliki kulit jenis kering sahaja.
Tetapi tanggapan itu ternyata salah. Hidrasi perlu dititikberatkan oleh semua jenis kulit kerana hidrasi kulit yang mencukupi akan membuatkan kulit kelihatan lebih sihat, licin dan lembut.
Mengapa perlu mempunyai hidrasi kulit secukupnya?
Sebagaimana yang kita tahu, kulit merupakan organ terbesar pada manusia manakala air pula merupakan komponen utama kulit. Kulit mengandungi kira-kira 64% air.
Kulit yang kering dan kekurangan sumber kelembapan boleh membuatkan kulit terasa kering, ketat, gatal-gatal mahupun mengelupas.
Kulit yang tidak cukup hidrasi juga akan kelihatan kasar apabila disentuh dan jika mengenakan makeup pun tidak akan kelihatan cantik.
Selain itu kulit yang kurang hidrasi mempunyai risiko peningkatan kedutan wajah. Malah, proses penuaan kulit juga akan terjadi dengan lebih cepat berbanding mereka yang mempunyai kelembapan kulit yang baik.
Cara mengekalkan hidrasi kulit terutamanya ketika ramadan
Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan bagi mengekalkan kulit kekal terhidrasi;
- Perhatikan suhu air ketika mandi
- Dab muka, jangan menggosok hingga kering
- Minum lebih banyak air
- Gunakan sabun dan pencuci muka yang tidak mengeringkan
- Gunakan pelembap muka
Perhatian kepada penggemar minuman berkafein
Berhati-hati jika anda gemarkan minuman berkafein. Ini kerana minuman yang mengandungi kafein seperti kopi adalah bersifat diuretik.
Oleh itu, ia boleh menyebabkan badan kehilangan lebih banyak air.
Saranan produk Tokyo Organic yang sesuai untuk mengekalkan kelembapan kulit
- Tokyo organic Rose Cleansing Mousse (BELI DISINI)
Sejenis pH balanced cleanser yang sangat lembut pada kulit dan mampu menjaga atau memulihkan skin barrier yang bermasalah. Ianya sangat sesuai dipakai oleh mereka yang memiliki kulit jenis kering ataupun kulit sensitif.
- Tokyo Organic Rose Toner Mist (BELI DISINI)
Jika dipakai selepas mencuci muka mampu mengembalikan kelembapan kulit yang kering akibat kehilangan minyak semulajadi kulit ketika mencuci muka. Ia juga boleh dijadikan facial mist untuk menyegarkan kulit wajah.
- Tokyo Organic Rose Hydra Gel Moisturizer (BELI DISINI)
Mempunyai tekstur yang ringan, cepat menyerap dan tidak membuatkan kulit terasa berminyak. Ianya memberikan kelembapan yang diperlukan oleh kulit sekaligus menjadikan kulit lebih lembut, licin dan kelihatan sihat berseri.
“Healthy skin is always in.”
No comments yet. Be the first to leave a comment!