- Genetik: Kondisi kulit dan saiz pori muka kebiasaannya ditentukan oleh faktor genetik. Jika ada diantara ahli keluarga yang mempunyai pori terbuka, mereka juga cenderung menghadapi masalah yang sama.
- Merokok: Merokok boleh menyebabkan pori muka menjadi terbuka keraba asap rokok boleh merosakkan elastisiti kulit dan menyebabkan pori nampak lebih besar.
- Kulit Berminyak: Penghasilkan sebum secara berlebihan oleh kelenjar minyak boleh menyebabkan pori muka tersumbat dan kelihatan besar. Kulit berminyak cenderung memiliki pori muka yang lebih terbuka.
- Penjagaan Kulit: Tidak menjaga kulit dengan baik seperti tidak membersihkan kulit muka setiap hari atau penggunaan produk yang tidak sesuai dengan jenis kulit, dapat menyebabkan penghasilan minyak yang berlebihan dan meyebabkan kotoran melekat di pori muka yang menyebabkan pori muka kelihatan besar atau terbuka.
- Penuaan: Dengan pertambahan usia, kulit akan kurang elastik. Ianya terjadi termasuklah di sekitar pori muka. Perkara ini boleh menyebabkan pori muka terlihat lebih besar seiring bertambahnya usia.
- Sinar Matahari: Sinaran matahari yang berlebihan dapat merosakan kolagen kulit, yang mengakibatkan hilangnya elastisiti dan peningkatan saiz pori muka.

Terdapat bahan-bahan yang boleh membantu mengurangkan saiz pori muka yang besar. Diantaranya ialah:
- Salicylic Asid: Ini adalah bahan yang efektif yang mampu membersihkan pori muka dengan menembus jauh dalam kulit dan membersihkan kotoran seperti minyak yang berlebihan menyebabkan pori muka kelihatan lebih besar.
- Niacinamide (Vitamin B3): Niacinamide boleh membantu mengurangkan penghasilan minyak yang berlebihan dan meningkatkan elastisiti kulit, sehingga mengurangkan saiz pori muka yang terbuka.
- Retinol: Retinol adalah derivatif vitamin A yang membantu meningkatkan penghasilan sel kulit baru, merangsang penghasilan kolagen, dan mengurangkan penampilan pori muka yang besar.
- AHA (Alpha Hydroxy Acids) dan BHA (Beta Hydroxy Acids): AHA dan BHA membantu membersihkan sel-sel kulit mati yang terhasil di permukaan kulit, sehingga mengecilkan saiz pori muka
- Peptida: Peptida adalah rantai asid amino yang dapat merangsang penghasilan kolagen dan elastin, ianya membantu menganjalkan kulit dan mengurangkan saiz pori muka.

Tokyo Organic Rose Serum formula yang terbaru mengandungi bahan-bahan seperti Salicylic Acid, Niacinamide & AHA (Alpha Hydroxy Acids) dan BHA (Beta Hydroxy Acids) yang membantu mengurangkan saiz pori muka disamping meningkatkan penampilan kulit muka yang sihat berseri.
Tokyo Organic Rose Serum formula yang terbaru juga mengandungi Tranexamic Acid menangani masalah hiperpigmentasi dengan bertindak sebagai bahan antioksida dengan mengurangkan pigmentasi yang sukar seperti melasma dan bintik-bintik usia

Kini secara rasmi Tokyo Organic Rose Serum disahkan Vegan! Disokong oleh Vegan Product Japan Project, sebuah pihak berkuasa yang dipercayai untuk produk Vegan di Jepun, Tokyo Organic Rose Serum dihasilakan daripada 80% bahan semulajadi dan disahkan bebas dari sebarang komponen atau produk sampingan yang berasal dari haiwan.

“Ingatlah sentiasa untuk melindungi kulit anda dengan menggunakan sunscreen setiap hari!”
Berminat untuk dapatkan sample sunscreen percuma dari Tokyo Organic? Anda boleh dapatkannya DISINI!
“Harmony with skin, harmony with nature.”
No comments yet. Be the first to leave a comment!