Penggunaan produk yang mengandungi merkuri dalam jangka masa panjang dan dalam konsentrasi yang tinggi memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan. Merkuri adalah bahan kimia beracun yang dapat merosakkan berbagai sistem tubuh dalam badan.
Berikut adalah beberapa kesan buruk penggunaan produk yang mengandungi merkuri:
Kerosakan Kulit: Produk yang mengandungi merkuri menyebabkan iritasi pada kulit, kulit menjadi kemerah-merahanan, kegatalan, dan bahkan kulit akan merasa seperti terbakar. Ini berlaku jika produk tersebut digunakan dalam jangka waktu yang lama.
Kerosakan pada Sistem Saraf: Merkuri dapat merosak sistem saraf pusat seperti kebingungan, gangguan kognitif, tremor, dan kelemahan otot.
Kesan pada Sistem Reproduksi: Penggunaan produk yang mengandung merkuri memberi kesan negatif pada sistem reproduksi yang akan memberi kesan kepada kesuburan dan menyebabkan masalah pada janin semasa tempoh kehamilan.
Kerosakan pada Ginjal: Merkuri dapat menyebabkan kerosakan ginjal yang serius, termasuk penyakit ginjal kronik. Hal ini dapat mengakibatkan masalah kesihatan yang serius.
Kesan pada Sistem Kardiovaskular: Beberapa kajian telah mengaitkan merkuri dengan masalah kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi atau Hypertension dan Penyakit Jantung.
Kerosakan pada Mata: Produk yang mengandung merkuri juga merosakkan mata, menyebabkan iritasi, inflamasi, dan kebutaan.
Oleh itu, kita harus menghindarkan diri daripada menggunakan produk yang mengandung merkuri dalam perawatan kulit wajah atau kosmetik.
Sentiasa periksa label produk dan pastikan bahawa produk tersebut terhindar dan tidak mengandungi merkuri.
Jika anda mengalami gejala yang seperti yang dinyatakan diatas, segeralah mendapatkan konsultasi dari pakar kesihatan atau doktor dan serta-merta meghentikan penggunaan produk yang mengandung merkuri tersebut (ini adalah langkah penting untuk menghindari masalah tersebut).
Pilih produk yang sesuai dengan jenis kulit anda dan ingat bahawa penggunaan keduanya dapat memberikan manfaat yang berbeza untuk kulit anda.
Untuk memastikan kulit sentiasa sihat dan berseri, produk penjagaan kulit yang digunakan juga haruslah lengkap.
Kami sarankan supaya anda menggunakan rangkaian penjagaan wajah Tokyo Organic. Ianya bukan sahaja selamat dan berkesan malah telah dirumus khas dengan menggunakan teknologi Jepun.
Untuk info lanjut/pembelian, anda boleh lihat DISINI!
Jangan lupa ‘apply sunscreen’ selepas itu ya!
Berminat untuk dapatkan sample sunscreen percuma dari Tokyo Organic? Anda boleh dapatkannya DISINI!
Where hydration meets happiness, and skin feels its best!
No comments yet. Be the first to leave a comment!