Pelembap melindungi kulit anda dari iklim yang tidak menentu - Tokyo Organic

Tokyo Organic

Informations

News

Tokyo Organic latest news, tips and information all in one place.

Pelembap melindungi kulit anda dari iklim yang tidak menentu

Perubahan cuaca boleh mempengaruhi kesihatan kulit seseorang.

Rakyat Malaysia sememangnya sudah sinonim dengan aktiviti makan angin, baik di dalam negeri mahupun ke luar negara. Sekiranya anda tergolong dalam kelompok yang suka “makan angin” ini, pasti banyak persediaan perlu dilakukan sebelum pergi melancong, bukan? Dan salah satunya ialah info-info berkenaan iklim di tempat yang ingin di lawati tersebut.

Tahukah anda kepelbagaian iklim di dunia seperti Iklim Sederhana Empat Musim & Iklim Khatulistiwa memberi pengaruh besar terhadap kesihatan kulit. Perubahan cuaca sebegini boleh mendatangkan masalah pada kulit jika ianya tidak dijaga bersesuaian dengan cuaca tersebut.

Rutin skincare yang bersesuian perlu dititikberatkan. Contohya, penggunaan moisturizer ataupun pelembap adalah sangat penting terutamanya jika anda melancong ke tempat yang sejuk bagi mengelakkan kulit menjadi kering.

 

Pemakaian moisturizer dapat menghasilkan lapisan perlindungan/barrier diantara kulit dan tindak balas cuaca disekeliling seperti suhu sejuk, udara kering, panas terik dan sebagainya. (Boleh dapatkan DISINI, jika anda berminat untuk mencuba Tokyo Organic Rose Hydra Gel Moisturizer)

Jom kita ketahui lebih lanjut berkenaan Iklim Sederhana Empat Musim yang terdiri daripada musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk dan juga Iklim Khatulistiwa yang cuacanya panas dan lembap sepanjang tahun.

 

Musim Bunga

Ketika musim bunga, cuacanya tidak terlalu panas dan juga tidak terlalu sejuk. Suhunya nyaman di waktu siang namun agak sejuk pada awal pagi dan lewat malam.

Walaupun suhunya nyaman, namun ianya masih mampu mempengaruhi keadaan kulit seperti kekeringan sekiranya tidak dilindungi dengan betul.

 

Musim Panas

Pada musim panas, cuaca panas dan kering pasti mendatangkan masalah kepada mereka yang mempunyai jerawat ataupun mempunyai kulit sensitif.

Kebanyakkan produk penjagaan wajah yang memfokuskan kepada masalah jerawat kebiasaannya boleh membuatkan kulit menjadi lebih sensitif kepada cahaya matahari dan sekaligus menyebabkan kekeringan kulit.

 

Musim Luruh

Musim luruh merupakan musim di mana siang hari mula bertambah pendek dan bercuaca dingin. Terdedah kepada suhu dingin yang terlalu lama boleh mendatangkan masalah kesihatan pada kulit.

Perubahan pada kulit yang paling ketara adalah kesan kekeringan sehingga menampakkan warna kulit tidak sekata dan kulit mengelupas.

 

Musim Sejuk

Cuaca sejuk akan menyerap segala lembapan di kulit lalu menjadikannya kusam, kering dan mengelupas terutamanya pada wajah.

Jadi penggunaan pelembap kulit saat musim sejuk adalah sangat penting, terutamanya mereka yang mempunyai kulit kering dan sensitif.

 

Iklim Khatulistiwa – panas dan lembap

Terletak di garisan Khatulistiwa menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai cuaca panas dan lembap sepanjang tahun dan tiada musim panas dan sejuk yang ketara.

Lazimnya rakyat Malaysia lebih gemar mengenakan sunblock berbanding moisturizer kerana penggunaan moisturizer dirasakan tidak perlu dan agak merimaskan sekiranya kulit berpeluh dan berminyak. Namun, moisturizer adalah penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan melindungi kulit anda dari suhu panas terik disekeliling.

 

Jangan risau, pilihlah pelembap yang ringan atau berbentuk gel. Pasti anda akan berasa lebih segar dan minyak pada kulit juga akan berkurangan. (Berminat dengan Tokyo Organic Rose Hydra Gel Moisturizer? Anda boleh dapatkannya DISINI!)

 

 

 

“I’m a better person when

I’m moisturized.”

 

 

Tokyo OrganicTokyo Organic Skincare TipsTokyo Organic SkincareTokyo Organic Rose Hydra Gel Moisturizer
61 Artikel Ditulis

Follow our Facebook and Instagram to get latest update, special offers and the latest product release.

No comments yet. Be the first to leave a comment!

Leave a Comment

Note: Your email address will not be shared with third parties. Marked space * is required.

More Post

FREE sample of our New Sunscreen!

Subscribe to our newsletter and receive two samples of our NEW Sunscreen for free with any purchase of Tokyo Organic products.

 

Get the free samples here.

 

This will close in 15 seconds