Tokyo Organic

Informations

News

Tokyo Organic latest news, tips and information all in one place.

3 habit baik untuk kulit sihat berseri

Kulit yang sihat dan berseri mencerminkan kesihatan yang baik. Dan kulit yang sihat datang dari tabiat yang baik.

Tidak sukar sebenarnya untuk memiliki kulit idaman ini. Apa yang paling penting adalah anda perlu memahami pengetahuan umum mengenai penjagaan kulit muka dan mengamalkannya dengan kerap dalam rutin harian anda.

 

Bagaimana mewujudkan tabiat yang baik untuk kulit yang sihat?

Daily

  • Minum air secukupnya

Air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen. Sel dalam kulit tidak dapat berfungsi dengan baik sekiranya kekurangan air. Air mengandungi nutrien yang boleh menyingkirkan toksin dalam badan sekali gus menjadikan kulit lebih sihat.

 

  • Cuci muka sejurus selepas berkerja atau bersenam

Senaman adalah baik bukan sahaja untuk badan anda tetapi juga untuk kulit. Ini kerana ianya boleh meningkatkan peredaran darah dan membantu membawa toksin ke permukaan. Jadi jangan lupa untuk cuci muka dan mandi agar segala toksin dan kekotoran yang melekat setelah seharian bekerja/bersenam tidak menyumbat pori-pori.

 

  • Kurangkan berjaga malam

Dapatkan tidur yang secukupnya. Tidur selama sekurang-kurangnya tujuh jam sehari memberi badan anda tempoh yang cukup untuk membaiki dan memulihkan kulit anda. Ia membantu kulit anda tampil muda dan segar.

 

Weekly

  • Lakukan exfoliate and dermarolling session

Exfoliation akan bantu singkirkan sel-sel kulit mati dan menjadikan kulit anda selembut kulit bayi. Sel-sel kulit mati ini jika tidak disingkirkan akan menyebabkan kemunculan bintik-bintik hitam di wajah. Exfoliation juga menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru dengan lebih cepat.

 

Monthly

  • Lakukan rawatan muka di klinik

Facial atau rawatan wajah di klinik atau pusat kecantikan juga amat penting. Ini kerana segala kekotoran atau masalah kulit seperti Blackhead atau Whitehead tidak bagus jika terbiar begitu lama di wajah anda. Anda juga akan disarankan oleh pakar dengan solusi yang bertepatan dengan masalah kulit yang dihadapi anda.

 

Dapatkan kulit yang cantik berseri dengan mengamalkan tabiat bagus ni. Hasilnya mungkin tidak kelihatan sekarang. Akan tetapi kulit anda pasti kelihatan berbeza pada masa hadapan.

 

Saranan Produk Skincare dari Tokyo Organic.

Produk Tokyo Organic Skincare berasaskan bahan-bahan natural dan organic.

Sekiranya anda berminat dengan Produk Tokyo Organic, boleh dapatkan DISINI!

 

 

It’s never too late to care for your skin!

 

 

Tokyo OrganicMade in Japanskincaretips for healthy skinhealthy skin
61 Artikel Ditulis

Follow our Facebook and Instagram to get latest update, special offers and the latest product release.

No comments yet. Be the first to leave a comment!

Leave a Comment

Note: Your email address will not be shared with third parties. Marked space * is required.

More Post

NEW!

TO Rose Hydrating Toner!

Experience the improved formula of TO Rose Hydrating Toner, a vegan and muslim-friendly product crafted with 91% natural ingredients.

 

Keeps your skin hydrated and refreshed!

 

Order here!

 

This will close in 15 seconds