Seperti semua maklum, fenomena El Nino sedang melanda Malaysia sekarang ini. Ianya menyebabkan hujan berkurangan, sekaligus berisiko mengakibatkan paras air sungai merosot dan empangan menjadi kering.
Ianya dijangka akan berlarutan sehingga September depan. Namun mesti anda tertanya-tanya apakah kaitannya fenomena El Nino ini dengan masalah kulit, bukan?
El Nino pemicu masalah kulit
Musim panas akibat fenomena El Nino tidak harus dipandang remeh. Mungkin ada yang masih leka dan tidak mengambil berat perihal penjagaan diri yang sering terdedah kepada panas mentari dan bahang setiap hari.
Bagi yang memiliki kulit jenis berminyak atau jerawat, pastinya cuaca yang panas melampau ini akan memburukkan lagi kondisi kulit anda.
Masalah kulit akibat El Nino
Tahukah anda yang musim panas yang melanda negara sekarang ini boleh merosakkan rambut dan kulit tanpa anda sedari. Ianya akan membuatkan kulit menjadi lebih berminyak.
Anda akan terdedah dengan sinaran UV yang boleh menjadikan kulit kering, mempercepatkan proses penuaan, mengakibatkan kulit terbakar, kulit berminyak yang melampau dan banyak lagi kesan buruk terhadap kulit.
Langkah-langkah elakkan impak negatif El Nino pada kulit
Jom persiapkan diri anda secukupnya untuk menghadapi cuaca sebegini.
- Elakkan berada di bawah sinaran matahari
Kerap berada di bawah sinaran matahari dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan kulit terdedah kepada bahaya sinaran UV.
Peningkatan kadar minyak pada kulit juga boleh bertambah dan membuatkan kulit kelihatan sangat berminyak.
Jangan lupa gunakan losen tabir suria ketika keluar rumah. (Anda boleh gunakan mana-mana sunscreen yang bersesuaian dengan kulit anda)
- Jangan kerap cuci muka
Meskipun anda rasa berpeluh selama cuaca panas ini, namun anda tidak digalakkan untuk mencuci wajah lebih dari dua kali sehari.
Kerap mencuci muka akan membuatkan kulit anda kehilangan minyak alami dan kelembapan lalu membuatkan kulit menghasilkan minyak berlebihan bagi menampung semula kulit yang kering.
Gunakan pencuci wajah yang sesuai dan lembut agar dapat mengurangkan kulit kering setiap kali mencuci wajah (Anda boleh cuba cleanser Tokyo Organic Rose Cleansing Mousse)
- Kekalkan kelembapan kulit
Menjaga kelembapan kulit sangat penting terutamanya ketika cuaca panas. Ini kerana tanpa kelembapan pada wajah boleh menyebabkan kulit nampak kusam dan juga mempercepatkan proses penuaan di wajah.
Selain menggunakan pelembap yang ringan atau berbentuk gel, anda juga boleh menggunakan face mist untuk mengekalkan dan menyegarkan wajah bila diperlukan.
Face mist pada asasnya adalah percikan air untuk kulit yang letih dan kering (Anda boleh cuba toner mist Tokyo Organic Rose Toner Mist)
- Kurangkan solekan
Meskipun anda berasa kurang yakin tanpa solekan, sebaiknya kurangkan penggunaan solekan pada cuaca panas ini.
Bedak asas contohnya, hanya akan membuatkan wajah lebih mudah berpeluh dan sekaligus menyebabkan pori-pori tersumbat dan memicu jerawat.
Sebaliknya, gunakan pelembap ringan ketika musim panas (Anda boleh cuba moisturizer Tokyo Organic Rose Hydra Gel Moisturizer)
Tokyo Organic skincare
Untuk pembelian barangan Tokyo Organic Skincare, anda boleh dapatkan di website kami www.tokyoorganic.com.my
Skincare is essential.
Makeup is a choice.
No comments yet. Be the first to leave a comment!