Star ingredient: Niacinamide
Selalu tak anda dengar tentang Niacinamide? Kalau tak pernah, meh min ceritakan serba sedikit tentang Niacinamide dan fungsinya pada kulit.
Niacinamide, atau dikenal juga sebagai nicotinamide, adalah salah satu zat turunan dari vitamin B3 (niacin).
Dalam dunia dermatologi, zat ini digunakan untuk mengatasi jerawat dan parut-parut jerawat, mencerahkan kulit, serta membantu mengurangi atau mengawal masalah rosacea.
Tahukah anda!
Sebenarnya kita boleh memperolehi niacin dan niacinamide ini dari sumber daging, telur, susu dan produk tenusu, kekacang, serta sayuran hijau. Ianya juga boleh didapati di dalam vitamin B kompleks seperti B6, B9, dan B12.
Namun, vitamin B3 atau niacinamide ini mudah larut didalam air, jadi ianya tidak kekal lama di dalam tubuh lalu khasiatnya juga tidak dapat diserap dengan baik. Dan disebabkan itu, kita memerlukan suplemen atau produk skincare yang mengandungi niacinamide.
Fungsi niacinamide
Produk skincare yang mengandungi niacinamide dapat membantu dan memberi manfaat kepada kulit. Antara kebaikannya adalah seperti berikut;
- Mencerahkan kulit
- Membantu mengurangi jerawat
- Mengunci kelembapan kulit
Produk pelembap Tokyo Organic mengandungi 2% niacinamide
Seperti mana yang kita tahu, moisturizer gel berfungsi untuk menjaga kelembapan pada kulit wajah. Ini sangat penting kerana kulit yang lembap akan membuatkan kulit wajah kelihatan fresh, sihat berseri dan tidak kelihatan kusam.
Pelembap Tokyo Organic mempunyai tekstur yang ringan, mudah meresap dan mampu memberikan penghidratan yang secukupnya tanpa meninggalkan kesan/rasa berminyak pada kulit. Kulit anda juga akan kelihatan lebih cerah dan berseri-seri.
Dan apa yang menarik mengenai pelembap Tokyo Organic ini adalah ianya telah dirumus khas dengan 2% Niacinamide & squalane yang berasal dari tumbuhan, Vitamin C & E dan ekstrak botani lain.
Sekiranya anda berminat dengan TO Rose Hydra Gel Moisturizer, anda boleh dapatkannya DISINI!
“Cleanse.
Tone.
Moisturizer.
Repeat.”
No comments yet. Be the first to leave a comment!