Bagaimana sarang burung Walit dibersihkan? - Tokyo Organic

Tokyo Organic

Informations

News

Tokyo Organic latest news, tips and information all in one place.

Bagaimana sarang burung Walit dibersihkan?

 

Sarang burung Walit adalah sejenis sarang burung yang boleh dimakan. Ianya juga dikenali sebagai edibles bird’s nest (EBN). Sarang burung Walit merupakan makanan eksotik dan popular sejak dahulu lagi terutamanya dalam kalangan masyarakat Cina.

Di Malaysia, EBN daripada burung Walit sudah mula dituai sejak tahun 1878 di Gua Niah, Malaysia.

Sarang burung Walit (EBN) yang belum dibersihkan

 

Sarang burung Walit (EBN) yang telah dibersihkan.

 

Bagaimana pembersihan Sarang Burung Walit secara tradisional dilakukan?

Proses pembersihan Sarang burung Walit bermula dengan merendam sarang burung ke dalam air semalaman supaya ianya kembang.

Kemudian, buang air rendaman dan bilas beberapa kali sehingga air kelihatan jernih. Proses rendam dan bilas ini diulang beberapa kali kerana ianya akan membuatkan kotoran pada sarang burung tersebut tanggal dan kebanyakannya yang tinggal hanyalah bulu-bulu halus yang bercampur dengan sarang.

Seterusnya, bulu dan kekotoran yang melekat di sarang burung tersebut akan dicabut sehingga betul-betul bersih dengan menggunakan tweezers. Ianya perlu dilakukan dengan sangat berhati-hati supaya sarang burung tidak rosak atau hancur.

Setelah bersih, sarang burung tersebut direndam semula ke dalam air selama beberapa minit, kemudian ditapis/dikeringkan atas kain putih.

Sarang burung yang berkualiti tinggi kebiasaannya tidak melalui proses pemutihan. Hal ini kerana kebanyakkan pengguna masa kini lebih memilih sarang burung Walit yang dibersihkan secara semulajadi tanpa menggunakan zat kimia. Ianya lebih selamat untuk dimakan/diminum dan keasliannya juga lebih terjamin.

 

Proses pemutihan (Bleaching).

Sarang burung yang berwarna kecoklatan atau kekuningan akan melalui proses pemutihan (bleaching) setelah ianya dibersihkan. Proses pemutihan ini akan menggunakan Hidrogen Peroksida (H202) dengan konsentrasi 3%.

Sarang burung Walit akan direndam selama 40 jam sehingga berubah warna. Kemudian, sarang tersebut dibilas dengan air bersih supaya sisa-sisa H202 hilang.

Kebiasaannya sarang burung Walit yang melalui proses bleaching ini adalah sarang burung yang kurang berkualiti (berkualiti rendah) dan agak kusam warnanya.

 

Proses cetakan (reshaping) dan pengeringan.

Sarang burung yang telah dibersihkan dan dikumpulkan akan dibentuk/dicetak (reshaping) dan kemudiannya dikeringkan. Proses pengeringan sarang burung Walit tidak boleh dikeringkan di bawah sinar matahari secara langsung.

Ada juga yang mengeringkan sarang burung dengan hanya menggunakan kipas angin, exhauster dan dehumidifier. Mereka tidak mahu menggunakan oven kerana adakalanya sarang burung akan kering secara tidak sekata (hanya dibahagian luarnya sahaja yang kering).

Hal ini akan membuatkan sarang burung rosak, berubah warna,  bau (tengik), malah boleh juga ditumbuhi cendawan.

 

Tokyo Organic Premiun Bird’s Nest tidak melalui proses Pemutihan.

Sarang Burung yang digunakan di dalam Tokyo Organic Premium Bird’s Nest adalah sarang burung Walit yang berkualiti tinggi. Ianya dibersihkan secara manual dan tidak melalui proses pemutihan.

Dapatkan Tokyo Organic Premium Bird’s Nest DISINI! (Set of Five) atau DISINI! (Twin set)

 

 

Your diet is a bank account.

Good food choices are good investments.

– Bethenny Frankel –

 

 

 

61 Artikel Ditulis

Follow our Facebook and Instagram to get latest update, special offers and the latest product release.

No comments yet. Be the first to leave a comment!

Leave a Comment

Note: Your email address will not be shared with third parties. Marked space * is required.

More Post

FREE sample of our New Sunscreen!

Subscribe to our newsletter and receive two samples of our NEW Sunscreen for free with any purchase of Tokyo Organic products.

 

Get the free samples here.

 

This will close in 15 seconds