Tahukah anda Rose Serum diiktiraf Vegan? - Tokyo Organic

Tokyo Organic

Informations

News

Tokyo Organic latest news, tips and information all in one place.

Tahukah anda Rose Serum diiktiraf Vegan?

Tokyo Organic Rose Serum dengan formula yang diperbaharui!

Diformulasikan dengan Tranexamic Acid, bahan yang berkesan dalam  mengatasi masalah seperti pigmentasi, melasma, bintik penuaan dan menghasilkan kulit yang mulus dan cantik berseri.

Bukan sekadar itu, Tokyo Organic Rose Serum yang terbaru mengandungi 2% Asid Salisilik (BHA) mampu memudarkan jerawat dengan membersihkan liang pori, mengawal lebihan minyak, dan menyempurnakan tekstur kulit. Selain itu, sifat anti-radang boleh meredakan kemerahan, menghasilkan kulit yang sentiasa  bersinar.

 

Berikut adalah antara bahan terbaik yang terkandung didalam Tokyo Organic Rose Serum terbaru:

 

🌹Asid Tranexamic:

Ialah asid sintetik dari kumpulan asid amino lizin.

Ia bermanfaat terutamanya dalam mengatasi masalah hiperpigmentasi. Sifat antioksidan Tranexamic acid juga berkesan dalam mengatasi masalah pigmentasi yang sukar diatasi, seperti melasma dan bintik penuaan.

Dengan menghalang pengeluaran melanin berlebihan, Tranexamic acid juga membantu menghasilkan tona kulit yang lebih sekata.

 

🌹Salicylic Acid or Beta Hydroxy Acid (BHA):

Adalah bahan pengelupasan kimia yang biasa digunakan dalam produk penjagaan kulit. Ia larut dalam minyak, membolehkannya meresap jauh ke dalam liang pori.

Kepekatan 2% Salicylic Acid dalam produk penjagaan kulit, seperti serum dianggap berkesan untuk menangani masalah berkaitan jerawat dan ianya juga sangat bermanfaat kepada mereka yang memiliki kulit yang sensitif atau mudah mengalami iritasi dengan menenangkan dan meredakan kemerahan pada kulit wajah.

 

🌹Niacinamide: 

Diperlukan dalam penghasilan kolagen untuk membantu mengekalkan kekencangan kulit serta mengurangkan penghasilan garis-garis halus dan kerutan  pada kulit wajah.

Niacinamide juga membantu mengekalkan kelembapan kulit seterusnya menguatkan pertahanan kulit bagi melawan iritasi.

Niacinamide juga memiliki sifat antioksida, membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat radikal bebas yang disebabkan oleh sinaran matahari.

 

🌹Rosa Canina fruit extract:

Rosa canina, atau rosehip, memiliki beberapa kebaikan untuk kulit muka.

Minyak rosehip memiliki sifat pelembap semulajadi yang membantu menjaga kelembapan kulit, menjadikannya antara pilihan yang terbaik untuk kulit kering atau sensitif.

Kandungan vitamin A dan E dalam rosehip dapat membantu merangsang penghasilan sel kulit, memperbaiki kerosakan sel, dan mengurangi tanda-tanda penuaan seperti kerutan dan garis halus.

Rosehip juga kaya dengan vitamin C, yang dapat membantu mencerahkan kulit dan mengurangi hiperpigmentasi atau noda gelap.

 

 

Diiktiraf Vegan oleh Vegeproject Japan

Veganisme merujuk pada gaya hidup di mana seseorang memilih untuk tidak menggunakan produk yang berasaskan  haiwan atau hasil eksploitasi haiwan. Bukan sahaja dari segi permakanan malah dalam penggunaan produk-produk haiwan dalam pelbagai bidang seperti pakaian, kosmetik, dan hiburan.

Kami komited dalam menghasilkan produk yang bebas dari haiwan atau bahan hasil sampingan daripada haiwan dan dengan bangganya mengumumkan, Tokyo Organic Rose Serum telah mendapat pengiktirafan sijil Vegan dari Vegeproject Japan!

Penjagaan Kulit Mesra-Muslim

Penjagaan kulit Mesra-Muslim menyediakan produk yang sejajar dengan prinsip-prinsip Islam, sesuai untuk mereka yang mengikut garis panduan dan gaya hidup Islam. Kami menghargai kepelbagaian gaya hidup dan kepercayaan, dan memastikan produk kami selari dengan prinsip-prinsip Islam.

Sehubungan dengan ini, Tokyo Organic Rose Serum, telah mendapat perakuan sebagai produk Mesra-Muslim.

Kotak diperbuat daripada bahan kitar semula dan diiktiraf oleh FSC.

FSC, atau Forest Stewardship Council, ialah kelompok global yang menyokong amalan hutan mampan. Pensijilan FSC memastikan produk seperti kertas berasal dari hutan yang diurus dengan penuh tanggungjawab, mengambil kira faktor alam sekitar, sosial, dan ekonomi.

Dalam menyokong usaha ini, kotak Tokyo Organic Rose Serum diperbuat daripada bahan kitar semula dan mendapat sijil pengiktirafan dari FSC.

 

Berminat untuk mencuba produk dari Tokyo Organic?

Untuk info lanjut/pembelian, anda boleh lihat beli DISINI

Jangan lupa ‘apply sunscreen’ selepas itu ya!

Berminat untuk dapatkan sample sunscreen percuma dari Tokyo Organic? Anda boleh dapatkannya DISINI!

 

“Harmony with skin, harmony with nature.”

 

18 Artikel Ditulis

Follow our Facebook and Instagram to get latest update, special offers and the latest product release.

No comments yet. Be the first to leave a comment!

Leave a Comment

Note: Your email address will not be shared with third parties. Marked space * is required.

More Post

FREE sample of our New Sunscreen!

Subscribe to our newsletter and receive two samples of our NEW Sunscreen for free with any purchase of Tokyo Organic products.

 

Get the free samples here.

 

This will close in 15 seconds