Tokyo Organic

Informations

News

Tokyo Organic latest news, tips and information all in one place.

Lakukan Double Cleansing mengikut jenis kulit anda

Double cleansing adalah method di mana kita membersihkan kulit wajah dua kali (2x) menggunakan dua jenis cleanser yang berbeza dalam satu masa.

 

Double Cleansing

Posting yang lepas, min ada terangkan tentang apa itu Double cleansing, kan? Jadi kali ini, min akan share berkenaan step yang betul untuk lakukan Double cleansing.

Dan min juga akan share bagaimana untuk lakukan Double cleansing mengikut jenis kulit masing-masing supaya kulit tidak terlebih cuci (over-washing) atau pun terlebih kering (over-drying).

 

 

Step lakukan Double Cleansing

  1. Jika anda pakai makeup, bersihkan dulu makeup dengan wet tissue atau makeup remover
  2. Letak oil cleansing atas telapak tangan, kemudian sapu/urut pada kulit wajah sambil buat circle motion macam anda cuci muka biasa selama 60 saat (tak perlu guna air, hanya guna oil cleansing)
  3. Basahkan wajah dengan sedikit air (percik-percik je),lalu gosok/urut wajah sehingga oil cleansing bertukar putih susu.
  4. Bilas wajah dengan air, kemudian guna water-base cleanser dan cuci muka macam biasa selama 60 saat
  5. Akhir sekali, bilas wajah dengan air sekali lagi dan keringkan dengan tuala yang bersih.

 

 

Kenapa perlu lakukan Double cleansing mengikut jenis kulit?

Double cleansing memang sangat bangus jika diamalkan. Namun seperti kebanyakkan perkara lain dalam skincare, ianya bukanlah satu rutin yang sesuai untuk semua orang.

Memandangkan setiap orang mempunyai jenis dan masalah kulit yang berbeza-beza, jadi anda perlu berhati-hati dalam memilih cleanser yang betul untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan tidak mendatangkan mudarat.

 

Double cleansing mengikut jenis kulit masing-masing

  • Kulit normal

Oil Cleansing – Kulit normal banyak kelebihan kerana anda boleh cuba hampir kesemua cleanser yang ada di pasaran. Pastikan cleanser yang anda pilih dapat bersihkan segala kekotoran yang boleh menyumbat pori-pori, menyebabkan jerawat dan mempercepatkan proses penuaan.

 

Water-base cleanser – pilihlah gentle cleanser yang tidak mengandungi sebarang alkohol atau pewangi yang boleh mengeringkan kulit anda.

 

Cadangan TO Skincare – TO Rose Cleansing Mousse atau TO Rose Cleanser (beli DISINI)

 

  • Kulit kering

Oil Cleansing – Kulit jenis kering ini berisiko besar untuk terlebih cuci (over-washing) atau terlebih kering (over-drying). Pakar kulit mencadangkan penggunaan cleansing balm/ Oil cleansing  yang mengandungi pelembap seperti shea butter untuk menambah hidrasi pada kulit.

Water-base cleanser – Kulit kering mudah untuk mendapatkan tanda-tanda penuaan, jadi pilih produk dengan bahan-bahan anti penuaan seperti hyaluronic acid. Selepas membersihkan wajah, anda boleh gunakan moisturizer atau face oil untuk kunci kelembapan pada kulit.

 

Cadangan TO Skincare – TO Rose Cleansing Mousse, TO Rose Cleanser atau TO Rose Hydra Gel Moisturizer (beli DISINI)

 

  • Kulit berminyak

Oil Cleansing – Menambahkan minyak pada kulit muka yang sememangnya berminyak pasti kedengaran menakutkan. Tapi jangan risau kerana oil based-cleansing boleh bantu bersihkan kulit daripada kotoran dan minyak dengan baik. Sekiranya anda tidak gemar untuk gunakan oil-cleansing, anda boleh gunakan kapas yang diletakkan micellar water kerana micellar water mengandungi micelles yang mampu membersihkan kotoran yang menyebabkan liang pori-pori tersumbat.

 

Water-base cleanser – Gunakan pembersih muka gel atau clay dengan bahan-bahan seperti rose, teh hijau  dan sebagainya. Ini dapat membantu mengimbangi kelembapan, mencegah inflimasi dan mengawal pengeluaran minyak.

Cadangan TO Skincare – TO Rose Cleansing Mousse atau TO Rose Cleanser (beli DISINI)

 

  • Kulit kombinasi

Oil Cleansing – Kulit kombinasi agak tricky sedikit kerana sebahagian wajah anda berminyak manakala sebahagian yang lain pula kering. Cara yang terbaik menurut dermatologist ialah dengan menggunakan oil-based cleanser yang kaya dengan nutrient dan mengandungi ceramide kerana ianya mampu melembapkan kulit.

Water-base cleanser – Pilih gentle cleanser yang berasaskan foam, gel, atau clay yang tidak terlalu keringkan lembapan semula jadi pada kulit anda.

Cadangan TO Skincare – TO Rose Cleansing Mousse atau TO Rose Cleanser (beli DISINI)

 

  • Kulit sensitif

Oil Cleansing – Untuk kulit sensitif digalakkan untuk gunakan gentle cleansing oil untuk bersihkan makeup. Cari cleanser yang gunakan bahan-bahan seperti Vitamin E, Aloe Vera, Green Tea dan sebagainya untuk elakkan iritasi dan breakout.

Water-base cleanser – Pilih gentle cleanser yang bebas dari pewangi dan non-comedogenic dan diformulasikan secara khusus untuk kulit sensitif.

Cadangan TO Skincare – TO Rose Cleansing Mousse atau TO Rose Cleanser (beli DISINI)

 

 

 

The best foundation you can wear is glowing healthy skin.

 

 

 

 

61 Artikel Ditulis

Follow our Facebook and Instagram to get latest update, special offers and the latest product release.

No comments yet. Be the first to leave a comment!

Leave a Comment

Note: Your email address will not be shared with third parties. Marked space * is required.

More Post

NEW!

TO Rose Hydrating Toner!

Experience the improved formula of TO Rose Hydrating Toner, a vegan and muslim-friendly product crafted with 91% natural ingredients.

 

Keeps your skin hydrated and refreshed!

 

Order here!

 

This will close in 15 seconds