Written on 3 November 2022 •
326 views | 0 Comment
Saat bangun tidur, perkara pertama yang akan dilakukan oleh para wanita pastinya adalah mencuci muka yang terasa berminyak.
Cuci muka waktu pagi, bagus atau tidak?
Mencuci muka merupakan satu rutin harian yang lumrah untuk dilakukan setiap orang. Selain bertujuan untuk membersihkan segala kotoran yang menempel di muka ketika tidur atau usai bangun tidur, mencuci muka di waktu pagi juga akan membuatkan kita lebih segar.
Namun tak banyak orang yang tahu, manfaat menakjubkan tak cuci muka di pagi hari. “Tak mencuci muka” di sini bukanlah bermaksud langsung tidak membersihkan muka saat bangun tidur. Ia lebih kepada mencuci muka hanya menggunakan air sahaja, tanpa menggunakan facial wash atau jenis sabun.
Manfaat mencuci muka dengan hanya menggunakan air.
Wajah yang berminyak ketika bangun tidur di pagi hari pasti merimaskan bukan? Namun, tahukah anda yang tubuh manusia bekerja untuk memperbaiki sel-sel yang ada di dalamnya saat tidur. Oleh itu, kulit anda akan mengeluarkan minyak semulajadi untuk menyeimbangi kesehatan kulit terutamanya di bahagian wajah.
Jadi, jika anda membersihkan wajah di pagi hari dengan bahan-bahan kimia (yang kuat) seperti sabun atau produk eksfoliasi, hal tersebut akan membuatkan kulit kehilangan kelembapan semulajadi sekaligus boleh membuatkan iritasi.
Saat membasuh wajah di pagi hari, anda disarankan menggunakan air suam kerana air suam dipercayai mampu menenangkan kulit sekaligus menghaluskan kulit wajah.
NAMUN, anda perlu ingat…..
Menghindari mencuci muka di waktu pagi hari tetap harus disesuaikan dengan kondisi kulit masing-masing.
Jika anda memiliki kulit jenis acne-prone atau kulit terlalu berminyak, pilihlah facial cleanser yang lembut pada kulit agar dapat membantu mengurangi minyak serta membunuh bakteria pada kulit muka.
Sekiranya anda memilih untuk mencuci muka dengan air sahaja di pagi hari, sebaiknya anda perlu fokus dengan perawatan kulit yang baik pada malam hari, terutamanya sebelum tidur.
Apa kata anda cuba rangkaian produk penjagaan wajah dari Tokyo Organic kerana ianya selamat dan lembut pada kulit.
Produk-produk Tokyo Organic yang kami recommend untuk anda cuba.
Disarankan untuk mereka yang memiliki kulit kering atau sensitif dan mampu memperbaiki/memelihara skin barrier kerana ianya adalah pH balanced cleanser.
Klik sini, untuk pembelian produk Tokyo Organic yang lain-lainnya.
It’s never too late
to care for your skin.
Tokyo Organiccuci mukafacial cleanserTO Rose CleanserTO Rose Cleansing MousseMade in JapanTokyo Organic SkincareNatural dan Organic
No comments yet. Be the first to leave a comment!