Dek kerana kemajuan teknologi kosmetik dan pengaruh media, beberapa trend penjagaan wajah menjadi semakin hari semakin popular. Dan setiap dari trend-trend ini pasti ada pengikutnya yang tersendiri.
Nak tahu apa trend-trend yang popular masa kini? Jom baca artikel ini sehingga selesai.
Langkah pertama sebelum mencuba trend-trend ini
Adalah sangat penting untuk anda mengetahui terlebih dahulu sama ada trend-trend ini bersesuaian dengan kulit anda ataupun tidak ya.

Ini kerana setiap orang memiliki jenis kulit dan keperluan yang berbeza-beza. Jadi apa yang sesuai untuk orang lain tidak semestinya sesuai dengan anda.

Oleh itu, sebelum mencuba mana-mana trend yang anda suka, lebih elok sekiranya anda mendapatkan konsultasi dari pakar kecantikan ataupun doktor kulit terlebih dahulu.
Berikut adalah beberapa trend terkini dalam penjagaan wajah
- Double cleansing
Membersihkan wajah dengan menggunakan dua jenis pembersih yang berbeza untuk membersihkan kulit wajah dengan lebih mendalam dan menghilangkan segala kekotoran dan minyak di wajah dengan lebih baik. Kebiasaannya, step double cleansing akan menggunakan oil-based cleanser & water-based cleanser
Saranan produk: Water-based cleanser – TO Rose Cleanser ataupun TO Rose Cleansing Mousse (Boleh dapatkan DISINI!)
- Glowing skin
Trend ini mempromosikan kulit yang sihat dan berkilau dengan menggunakan produk-produk yang boleh mencerahkan kulit agar ianya kelihatan lebih sihat dan glowing. Namun, pastikan produk-produk pencerah tersebut adalah selamat supaya ianya tidak memudaratkan kulit untuk jangkamasa yang panjang.
Saranan produk: TO Rose Serum & TO Vitamin C Powder (Boleh dapatkan DISINI!)
- Sheet face mask
Menggunakan sheet mask di wajah juga menjadi trend yang popular masa kini. Ia dikhususkan untuk diletakkan di wajah bagi mendapatkan pelbagai manfaat yang dapat memperbaiki kondisi kulit.
Saranan produk: Boleh gunakan mana-mana sheet mask yang bersesuaian dengan kulit anda.
- Skin fasting
Cara melakukan trend ini adalah dengan memberi istirahat pada kulit . Anda digalakkan untuk mengurangi penggunaan produk kosmetik selama beberapa waktu untuk membantu meremajakan kulit dan memberi kesempatan bagi kulit untuk meregenerasi diri.
Saranan produk: Produk Tokyo Organic Skincare (Boleh dapatkan DISINI!)
- Simple routine
Kini ramai yang sudah beralih kepada penjagaan kulit yang lebih sederhana, step yang lebih simple dan mudah dengan menggunakan produk yang lebih sedikit namun tetap efektif untuk melakukan perawatan kulit atau skincare routine.
Saranan produk: Produk Tokyo Organic Skincare (Boleh dapatkan DISINI!)
“The best foundation you can wear is glowing healthy skin.
– Nicole Valek – “
No comments yet. Be the first to leave a comment!