Types of Skin: Unveiling the Spectrum from Normal to Combination - Tokyo Organic

Tokyo Organic

Informations

News

Tokyo Organic latest news, tips and information all in one place.

Types of Skin: Unveiling the Spectrum from Normal to Combination

Kulit muka, atau kulit wajah, adalah bahagian kulit yang terletak di bahagian wajah manusia. Ini termasuklah bahagian seperti dahi, pipi, hidung, bibir, dan dagu. Kulit mempunyai struktur kulit yang berbeza berbanding kulit di bahagian tubuh yang lain.

Kulit muka juga memiliki beberapa lapisan sama seperti kulit di bahagian tubuh yang lain, iaitu epidermis (lapisan luar), dermis (lapisan tengah), dan subkutan (lapisan dalam). Epidermis pada kulit muka selalunya lebih nipis daripada di bahagian kulit yang lain.  Lapisan dermis pada kulit muka pula memiliki lebih banyak kolagen, yang memberikan struktur dan kekenyalan pada kulit.

 

6 fungsi utama kulit muka:

      1. Pelindung: Kulit muka adalah lapisan pertama pertahanan tubuh terhadap agen luaran seperti bakteri, virus, dan kotoran. Kulit muka membantu mencegah masuknya mikroorganisma dan benda asing ke dalam tubuh.
      2. Mengawal Suhu: Kulit muka membantu dalam menjagal suhu badan supaya stabil dengan menghasilkan peluh dan mengawal sistem aliran darah pada kulit. Ketika panas, tubuh menghasilkan peluh untuk menyejukkan badan melalui proses penguawapan. Ketika sejuk, aliran darah ke kulit meningkat untuk mengekalkan suhu badan.
      3. Persepsi Sensorik: Kulit muka mengandungi berbagai jenis sensor saraf yang bertindak balas terhadap sentuhan, tekanan, suhu, dan rasa sakit.
      4. Penyerapan Zat:Kulit muka juga dapat menyerap zat tertentu seperti vitamin dan ubat topikal.
      5. Ekspresi Wajah: Kulit muka juga berperanan dalam ekspresi wajah dan komunikasi non-verbal. Otot-otot pada muka membantu untuk menggerakkan bibir, mata, dan alis untuk menyampaikan emosi dan pikiran.
      6. Penampilan Secara Fizikal: Kulit muka selalunya menjadi perhatian dalam penampilan fizikal seseorang. Ini secara tidak langsung, kesihatan dan penampilan kulit muka memengaruhi kepercayaan diri seseorang.

 

Kulit muka manusia terbahagi beberapa jenis berdasarkan ciri-ciri tertentu. Berikut adalah beberapa jenis kulit muka yang umum:

    1. Kulit Normal: Kulit normal memiliki keseimbangan yang baik antara minyak dan kelembaban. Biasanya terasa lembut dan tidak terlalu berminyak atau kering.
    2. Kulit Kering: Kulit kering cenderung kurang memiliki kelembaban dan dapat terasa kasar atau kering. Orang dengan kulit kering mungkin mengalami ketegangan, pecah-pecah, atau iritasi.
    3. Kulit Berminyak: Kulit berminyak menghasilkan sebum berlebihan, menyebabkan kulit berkilat  pori-pori yang kelihatan besar, dan masalah jerawat.
    4. Kulit Kombinasi: Kulit kombinasi adalah kombinasi dari dua jenis kulit yang berbeza pada area yang berbeza diwajah. Biasanya, daerah T (dahi, hidung, dan dagu) cenderung berminyak, sementara pipi cenderung kering atau normal.
    5. Kulit Sensitif: Kulit sensitif bertindak balas terhadap iritasi dan reaksi alergi terhadap bahan-bahan tertentu, seperti produk penjagaan kulit. Ini menyebabkan kemerahan, gatal, atau ruam.
    6. Kulit Berjerawat: Kulit berjerawat cenderung memiliki pori-pori yang tersumbat oleh sebum, sel-sel kulit mati, dan bakteria, yang menyebabkan jerawat dan keradangan kulit.

 

Jenis produk penjagaan wajah  tergantung pada jenis kulit anda. Berikut adalah beberapa contoh produk penjagaan kulit yang biasanya dicadangkan untuk setiap jenis kulit:

  1. Kulit Normal:
    • Pembersih lembut
    • Pelembap ringan
    • Sunscreen (jika terdedah sinar matahari secara langsung)
  2. Kulit Kering:
    • Pembersih lembut atau krim pembersih
    • Pelembap
    • Produk dengan bahan-bahan yang melembapkan seperti minyak semulajadi ,hyaluronic acid, atau glyserin
  3. Kulit Berminyak:
    • Pembersih yang mengawal penghasilan minyak berebihan
    • Pelembap ringan atau bebas minyak
    • Produk dengan bahan-bahan yang menyerap minyak seperti salysilic acid atau active charcoal
  4. Kulit Kombinasi:
    • Pembersih yang mampu menyeimbangkan minyak tanpa mengeringkan kulit
    • Pelembap yang sesuai untuk kulit kering dan tidak menyebabkan peningkatan penghasilan minyak di daerah T
    • Produk yang mengendalikan minyak di area berminyak seperti mud masker atau serum mengawal minyak
  5. Kulit Sensitif:
    • Pembersih hypoallergenic atau bebas pewangi
    • Pelembap yang lembut dan bebas dari bahan-bahan yang menyebabkan iritasi
    • Produk dengan bahan-bahan yang menenangkan seperti aloe vera atau oatmeal
  6. Kulit Berjerawat:
    • Pembersih yang membantu membersihkan pori-pori dan mengurangkan minyak
    • Pelembap ringan atau khusus untuk kulit berjerawat
    • Produk dengan bahan-bahan yang membantu mengurangi keradangan dan mengawal penghasilan minyak seperti salisylic acid atau benzoyl peroxide

Selain produk penjagaan kulit seperti pembersih, pelembap, dan sunscreen, produk tambahan seperti serum, toner, atau masker wajah juga membantu memperbaiki masalah spesifik kulit anda, seperti tanda penuaan, hiperpigmentasi, atau kekeringan. Memilih produk yang sesuai dengan jenis kulit  membantu menjaga kulit menjadi sehat dan berkilau.

 

Berminat untuk mencuba produk dari Tokyo Organic?

Untuk info lanjut/pembelian, anda boleh lihat beli DISINI

“Ingatlah sentiasa untuk melindungi kulit anda dengan menggunakan sunscreen setiap hari!”

Berminat untuk dapatkan sample sunscreen percuma dari Tokyo Organic? Anda boleh dapatkannya DISINI!

 

“Harmony with skin, harmony with nature.”

 

19 Artikel Ditulis

Follow our Facebook and Instagram to get latest update, special offers and the latest product release.

No comments yet. Be the first to leave a comment!

Leave a Comment

Note: Your email address will not be shared with third parties. Marked space * is required.

More Post

FREE sample of our New Sunscreen!

Subscribe to our newsletter and receive two samples of our NEW Sunscreen for free with any purchase of Tokyo Organic products.

 

Get the free samples here.

 

This will close in 15 seconds