Pada artikel yang lalu, min ada menjelaskan secara ringkas mengenai trend popular perawatan wajah masa kini. Dan ianya termasuklah Skin fasting.
Ingatkan badan je yang ada puasa-puasa ni kan, tapi rupanya kulit pun ada. Hehe.
Mesti semua nak tahu apa itu Skin fasting dan kebaikan melakukan skin fasting ini. Jom ikuti artikel ini. Min akan jelaskan dengan lebih lanjut.
Skin fasting
Skin fasting adalah suatu konsep di mana penjagaan wajah dilakukan dengan mengurangkan penggunaan produk perawatan kulit atau makeup selama beberapa waktu tertentu, misalnya satu atau dua minggu.
Tujuan melakukan kaedah Skin Fasting
Kaedah ini dilakukan bagi memberi waktu kepada kulit agar kulit kembali seimbang secara semulajadi dan dapat mengurangi kebergantungan kepada produk penjagaan wajah atau perawatan kulit.
Ianya juga memberi kulit istirahat yang secukupnya dari ransangan yang berlebihan hasil penggunaan produk penjagaan wajah.
Tujuan lain pula adalah dapat mencegah iritasi kulit, keradangan, malah jerawat hasil dari penggunaan terlalu banyak produk pada kulit yang sensitif.
Cara melakukan kaedah Skin Fasting
Ini adalah cara untuk melakukan Skin fasting;
- Persiapkan diri dari segi mental / mentally prepared
Skin fasting mungkin terlihat menyeramkan kerana kita perlu mengurangi produk penjagaan wajah yang sudah pun terbiasa digunakan.
Jadi anda perlu mempersiapkan diri dari segi mental agar dapat memahami bahawa kaedah ini hanya dilakukan sementara waktu sahaja dan kulit anda pasti akan menghargainya.
- Pilih waktu yang tepat
Pilihlah waktu di mana anda tidak perlu menghadiri event-event tertentu dan tidak perlu bertemu dengan banyak orang selama melakukan skin fasting ini.
Kerana anda pasti mahu beradaptasi dengan kaedah yang sedang anda lakukan ini.
- Hentikan semua produk penjagaan wajah anda
Berhenti menggunakan semua produk penjagaan wajah ketika anda melakukan skin fasting ini. Ini termasuk pembersih wajah, toner, serum, pelembap dan sunscreen.
Kedengaran agak gila bukan apabila anda terpaksa meninggalkan produk-produk rutin harian anda. Namun sekiranya anda perlu keluar rumah, anda boleh sahaja mengenakan sunscreen dan pelembap misalnya.
Cuma penggunaan produk-produk ini haruslah dikurangi selama anda berskin fasting untuk mendapatkan hasil yang optimum.
- Fokuskan kepada hidrasi
Selama melakukan skin fasting, anda perlu fokus kepada hidrasi dengan minum banyak air dan mengamalkan pemakanan yang mengandungi banyak air seperti buah-buahan dan sayuran.
Ini sangat membantu anda untuk menjaga kulit agar tetap sihat dan terhidrasi.
- Kurangkan terkena paparan sinar matahari
Jangan lupa untuk menghadkan tempoh anda terkena sinaran matahari ketika melakukan skin fasting ini terutamanya ketika anda berada di luar.
Pakai penutup kepala, kacamata hitam, atau topi untuk melindungi kulit anda dari terkana sinaran matahari.
- Jangan mengubah rutin penjagaan wajah anda setelah selesai skin fasting
Setelah anda selesaia melakukan skin fasting, kembalilah kepada rutin skincare harian anda seperti kebiasaannya.
Jangan tergoda untuk mengubah rutin skincare anda secara drastik kerana ianya boleh menyebabkan reaksi kulit yang tidak diingini.
Peringatan penting
Sebelum mencuba kaedah skin fasting ini, lebih baik anda mendapat konsultasi dari pakar terlebih dahulu. Ini dapat membantu anda mengenalpasti sama ada kaedah ini bersesuaian dengan kulit anda atau tidak.
Jangan lupa juga untuk memperhatikan kondisi kulit anda sepanjang melakukan skin fasting ini dan berhenti sesegera yang mungkin sekiranya ada reaksi yang tidak diingini.
Jom cuba produk Tokyo Organic Skincare
Selain melakukan skin fasting, anda juga boleh mencuba produk penjagaan wajah yang lebih selamat, organik dan semulajadi.
Salah satunya produk penjagaan wajah Tokyo Organic. Tokyo Organic adalah produk penjagaan wajah yang berasakan bahan-bahan natural, dan certified organic.
Bebas dari paraben, pewarna sintetik, minyak mineral dan tiada kandungan kimia berbahaya.
Ramuan pada setiap produk Tokyo Organic juga sememangnya dikhususkan untuk hidrasi. Boleh dapatan produk Tokyo Organic DISINI!
Here we glow!
No comments yet. Be the first to leave a comment!