Pofffft! Kulit bermasalah kembali berseri

Ramai tak tahu yang air mawar sangat bagus untuk kecantikan kulit dan sering digunakan dalam produk-produk penjagaan wajah.

 

Air mawar mempunyai sifat antiseptik dan antibakteria yang bermanfaat untuk meredakan dan menenangkan kulit yang bermasalah.

 

Air mawar juga mengandungi Vitamin A, C dan E yang bagus untuk melambatkan proses penuaan. Bahkan ada yang mengatakan kandungan Vitamin C dalam air mawar adalah 8 kali lebih banyak dari Vitamin C biasa.

 

Kesan positif air mawar pada kulit

Mengurangi masalah kulit berjerawat

Dengan mengamalkan basuhan air mawar pada waktu pagi dan malam hari, ianya mampu mengatasi masalah keradangan pada kulit yang berjerawat.

 

Menyegarkan kulit

Air mawar mengandungi antiseptic yang boleh membuatkan kulit berasa tenang dan segar, sekaligus melembutkan kulit.

 

Mencerahkan kulit wajah

Kandungan Vitamin A dan Vitamin E dapat membantu proses pengelupasan kulit mati dan menggantikannya dengan sel kulit yang baru yang lebih fresh dan lebih cerah.

 

Anti penuaan

Air mawar berfungsi sebagai anti oksidan, yang mampu meresap jauh ke dalam kulit. Ianya akan membuatkan kulit menjadi lebih anjal dan mampu mencegah kedutan dan garisan penuaan.

 

Melembapkan kulit

Air mawar sangat baik untuk mengatasi kulit kering kerana ianya memiliki kandungan air yang mampu meresap ke dalam kulit dan mampu memerangkap lembapan pada kulit wajah.

 

Air mawar sebagai powerful ingredients

Kerana air mawar memiliki kebaikan yang amat mengagumkan, maka Tokyo Organic telah menjadikan air mawar sebagai salah satu powerful ingredients di dalam setiap produk Tokyo Organic Skincare.

 

 

 

 

 

 

“It’s never too late to care for your skin”

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *