Mengungkap Rahsia Kulit Awet Muda: 5 Langkah Rutin Anti-Penuaan - Tokyo Organic

Tokyo Organic

Informations

News

Tokyo Organic latest news, tips and information all in one place.

Mengungkap Rahsia Kulit Awet Muda: 5 Langkah Rutin Anti-Penuaan

Jangan mudah terpedaya dengan label skincare yang memaparkan penjagaan kulit anti-penuaan adalah untuk semua peringkat umur, jenis kulit dan warna kulit.

Ini kerana, setiap orang memerlukan formula penjagaan wajah yang bersesuaian agar dapat melindungi dan menguatkan penghalang kulit (skin barrier) sambil menangani tanda-tanda penuaan.

 

Apakah penyebab proses penuaan berlaku?

Proses penuaan berlaku adalah disebabkan oleh dua faktor utama iaitu struktur kulit yang lemah dan juga skin barrier yang lemah.

Seiring bertambahnya usia, struktur kulit kita akan menjadi lemah dek kerana penurunan protein dan lipid yang fungsinya adalah untuk menjaga keanjalan dan ketegangan kulit.

Usia juga akan menyebabkan skin barrier kulit menjadi lebih tipis dan mudah terdedah kepada faktor persekitaran lalu mengakibatkan kulit kehilangan kelembapan dan ketahanan semakin berkurang terhadap radikal bebas, pencemaran disekeliling, dan paparan sinar UV.

Akhirnya kulit akan kelihatan kusam, kering, kendur, dan mengalami dehidrasi yang boleh mempercepatkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan.

 

Bagaimana untuk menangani proses penuaan ini?

Cara terbaik untuk mengatasi masalah proses penuaan ini adalah anda boleh mencuba produk penjagaan wajah Tokyo Organic yang dikhususkan untuk membantu meningkatkan keseimbangan lembapan kulit.

Seperti yang anda tahu, kulit yang kurang kelembapan adalah salah satu penyebab proses penuaan berlaku dengan lebih cepat.

Siri Hidrasi Mawar Tokyo Organic atau lebih dikenali sebagai Tokyo Organic Rose Siries adalah bebas bahan kimia berbahaya dan mengandungi ramuan semula jadi yang hebat seperti madu, aloe vera dan rose.

Ianya juga dirumus dengan teliti menggunakan teknologi Jepun untuk mengembalikan fungsi semula jadi pelindung kulit. Masalah kulit yang di rawat dengan bahan semula jadi boleh membantu menyuburkan dan menggalakkan mikrobiom kulit dengan lebih sihat.

 

Ikuti 5 langkah berkesan ini untuk mengembalikan kecantikan semula jadi kulit anda!

  • Membersihkan Wajah: Gunakan pembersih wajah yang sesuai dengan jenis kulit anda untuk menghilangkan kotoran, minyak, dan sisa-sisa makeup yang tertinggal di kulit.

Rose Cleanser (Improved formula): Pembersih lembut dengan ramuan menakjubkan dari alam semula jadi.

Fungsi: Membersihkan secara mendalam sambil menjadikan kulit segar dan lembap

Diperkaya dengan Aloe Vera & Madu untuk penghidratan yang lebih baik. Campuran bahan yang berkuasa ini membantu dalam melembapkan dan menenangkan kulit. Ditambah dengan haruman ros yang menarik dan tekstur yang ringan, pembersih mawar kami sesuai untuk kegunaan harian, menjadikan kulit anda kelihatan sihat.

 

  • Toner: Gunakan toner setelah membersihkan wajah untuk mengembalikan pH kulit dan menyegarkan kulit Anda.

Rose Hydrating Toner Mist: Hadiah dari alam semula jadi, padat dengan tumbuhan botani yang diekstrak dari seluruh dunia.

Fungsi: Meningkatkan kesihatan kulit dan berseri serta mengekal kelembapan.

Toner Mist yang anda mesti ada! Ia mengandungi ramuan pemenang anugerah, DEFENSIL®-SOFT yang telah terbukti secara saintifik dan klinikal dapat meningkatkan kesihatan kulit secara umum. Mengandungi enam ekstrak botani premium dari alam semulajadi, ianya dipilih hanya dari tempat terbaik dan sarat dengan vitamin yang mampu menyuburkan kesihatan kulit, melembab dan membantu meningkatkan fungsi pertahanan kulit.

 

  • Serum: Serum dapat membantu mengatasi masalah kulit tertentu, seperti penuaan, hiperpigmentasi, atau dehidrasi.

Rose Serum: Senjata rahsia untuk merawat masalah kulit

Fungsi: Melengkapi rejimen penjagaan kulit anda untuk mencapai kulit yang sempurna.

Diformulasikan dengan 10 jenis tumbuhan botanikal yang mampu memberi penghidratan yang secukupnya kepada kulit sekaligus menjadikan kulit lebih anjal dan berseri. Teksturnya yang ringan sangat mudah menyerap ke dalam lapisan kulit.

 

  • Pelembap: Gunakan pelembap yang bersesuaian dengan jenis kulit anda untuk menjaga kelembapan dan menghaluskan kulit.

Rose Hydra Gel Moisturizer: Pelembab gel berasakan air yng tidak menyumbat pori-pori anda.

Fungsi: Melembabkan serta merta tanpa rasa berminyak.

Tidak seperti krim, Gel Pelembab Hidra Mawar Tokyo Organic mengandungi agen penarik air yang tinggi dan oklusif (agen pelembap) yang tidak tebal, menjadikannya tekstur ultra-ringan yang menyerap ke dalam kulit serta-merta. Mengandungi bahan-bahan yang menenangkan, mencerahkan dan membaiki, serta rendah potensi merengsa, ia lebih daripada sekadar melembapkan.

 

  • Tabir Surya: Jangan lupakan langkah penting ini! Gunakan tabir surya dengan SPF yang sesuai untuk melindungi kulit anda dari sinar UV yang berbahaya.

Rose UV Suncare: Perlindungan matahari dan khasiat kulit yang terbaik

Fungsi: Nikmati manfaat matahari tanpa bimbang tentang kesan kemudaratan yang boleh berlaku pada kulit anda!

Pelindung matahari kami padat dengan bahan semula jadi yang berkuasa untuk membantu menenangkan dan melembapkan kulit. Ia diperkaya dengan Aloe Vera dan Madu untuk penghidratan yang lebih baik dan melicinkan kulit. Tekstur yang tidak berminyak dan ringan menjadikannya mudah disapu, cepat meresap dan tidak meninggalkan kesan putih.

 

Natural, Organic dan selamat pada kulit

Kulit wajah perlu dijaga dengan baik. Oleh itu gunakan hanya bahan-bahan yang selamat dan natural untuk kulit yang lebih sihat dan cantik.

Berminat untuk dapatkan siri rangkaian hidrasi Tokyo Organic? Anda boleh dapatkannya DISINI!

 

 

“Filters are great, but great skin is better.”

 

 

Tokyo OrganicTokyo Organic Skincare TipsTokyo Organic SkincareSkincare tipsskincare routineanti-penuaananti-aging
61 Artikel Ditulis

Follow our Facebook and Instagram to get latest update, special offers and the latest product release.

No comments yet. Be the first to leave a comment!

Leave a Comment

Note: Your email address will not be shared with third parties. Marked space * is required.

More Post

FREE sample of our New Sunscreen!

Subscribe to our newsletter and receive two samples of our NEW Sunscreen for free with any purchase of Tokyo Organic products.

 

Get the free samples here.

 

This will close in 15 seconds