Rutin skincare harian
Rutin skincare atau rutin penjagaan wajah harian sangat penting kerana kulit kita sentiasa terdedah dengan berbagai faktor yang boleh merosakkan kulit seperti pencemaran di sekeliling, sinaran UV, udara yang kering, cuaca yang panas dan sebagainya.
Namun begitu, adakalanya langkah penjagaan wajah yang terlalu panjang atau rumit membantutkan keinginan kita untuk melakukan skincare harian secara konsisten.
Kalau macam ni, beli skincare mahal-mahal pun tak guna kalau akhirnya tersadai kat tepi begitu sahaja, kan!
Jom min share beberapa faktor yang mendorong kepada kemalasan ini. Adakah anda tergolong dalam salah satu dari alasan ini?
Faktor-faktor yang buatkan anda tak konsisten dalam rutin skincare
Semua orang tahu rutin skincare harian itu penting. Namun, atas beberapa faktor tertentu terus buatkan kita jadi malas untuk lakukan rutin penjagaan wajah harian ini. Apakah faktor-faktor tersebut?
- Kurang masa untuk melakukan rutin penjagaan wajah harian
- Kondisi kulit yang kurang memberikan hasil yang memuaskan
- Kurangnya pengetahuan tentang kepentingan penjagaan wajah
- Kurangnya motivasi dan tujuan
- Tidak ambil kisah tentang penampilan diri
Faktor 1: Kurang masa untuk melakukan rutin penjagaan wajah harian
Di Malaysia, kebanyakkan wanita mempunyai kerjaya tersendiri dan hal ini akan membuatkan kita sibuk dengan pekerjaan atau pun aktiviti lain sehinggakan tiada masa yang khusus untuk memanjakan diri. Ditambah pula dengan sesetengah rutin skincare yang agak rumit dan panjang, maka keinginan tersebut pasti lenyap sama sekali.
- Saranan: Untuk anda yang selalu sibuk, anda boleh pilih/ikuti steps yang perlu dan bersesuaian sahaja. Tak perlu ikuti sampai 10 ke 12 steps. Sekiranya anda tidak suka steps yang rumit dan panjang, anda boleh cuba ikuti Japanese Skincare Routine step kerana ianya hanya mempunyai 4 ke 5 step sahaja.
Faktor 2: Kondisi kulit yang kurang memberikan hasil yang memuaskan
Kadangkala seseorang menjadi malas untuk melakukan rutin skincare harian kerana tidak nampak sebarang perubahan pada kulit wajah walaupun setelah menghabiskan banyak masa dan wang ringgit untuk melakukannya.
- Saranan: Sebelum melakukan apa-apa rutin skincare yang anda inginkan, anda perlu pastikan terlebih dahulu sama ada cara tersebut betul dan berkesan atau tidak. Dan adakah ianya sesuai dengan jenis kulit anda atau pun tidak. Untuk lebih mudah, mungkin anda boleh dapatkan nasihat dari pakar kulit sebelum memulakannnya.
Faktor 3: Kurangnya pengetahuan tentang kepentingan penjagaan wajah
Seseorang yang tidak memiliki pengetahuan yang secukupnya tentang kepentingan kulit kepada manusia pasti menganggap rutin skincare ini adalah hal yang remeh dan akhirnya mereka malas untuk melakukannya.
- Saranan: Belajarlah dan ambil tahu serba sedikit beberapa maklumat yang berkaitan dengan kulit pasti anda akan seronok mengetahuinya. Anda akan tahu sebenarnya penjagaan kulit itu tidak susah dan yang pastinya kulit anda akan menjadi lebih baik dan cantik di masa akan datang.
Faktor 4: Kurangnya motivasi dan tujuan
Kadangkala kekurangan motivasi atau tujuan untuk melakukan rutin skincare juga menjadi faktor penting kenapa anda malas untuk melakukannya.
- Saranan: Letakkan satu tujuan untuk anda capai sekiranya anda melakukan rutin skincare harian ini. Mungkin anda boleh sasarkan untuk dapatkan kulit sihat bebas cela dalam satu tempoh waktu yang tertentu dan reward diri anda sekiranya anda berjaya.
Faktor 5: Tidak ambil kisah tentang penampilan diri
Ramai yang ambil mudah mengenai rutin skincare ini. Tidak menjaga kulit dengan baik dan teratur akan menyebabkan pelbagai masalah terutamanya bila usia semakin meningkat. Antaranya, kulit kusam, berdaki, kering, berminyak, berjerawat malah boleh mempercepatkan kedutan atau kesan penuaan di wajah. Anda akan kelihatan tua sebelum waktunya. Hurm, takut kan?
- Saranan: Ambil tahu serba sedikit tentang tips penjagaan diri tidak lah sesusah mana. Selain anda dapat ilmu pengetahuan yang baru, masalah kulit juga akan menghindar dari anda. Malah kulit yang sihat dan cantik juga akan membuatkan anda lebih berkeyakinan untuk menjalani aktiviti harian.
Rutin skincare harian perlulah dilengkapi dengan cara yang betul & produk yang bagus
Hasil rutin skincare yang bagus memerlukan teknik atau cara yang betul dan sudah pastinya ianya juga berkait rapat dengan penggunaan produk yang bagus dan bersesuaian.
- Teknik / step yang berkesan
Pastikan teknik apa yang ingin anda lakukan. Sebagai contoh, anda ingin miliki Glass Skin (Korean Routine Skincare) atau Mochi Skin (Japanese Skincare Routine)? Setiap kaedah ini ada stepnya yang tersendiri.
Dan anda perlu pastikan juga teknik tersebut bersesuaian dengan jenis dan masalah kulit anda atau tidak. Mungkin ianya bagus untuk orang lain namun tidak untuk anda.
- Produk skincare yang bersesuaian
Kenal pasti juga produk skincare yang bagus dan bersesuaian untuk kulit anda. Ini kerana sekiranya produk tersebut tidak bersesuaian dengan masalah kulit anda, pasti anda akan merasakan yang anda telah membuang masa dan wang ringgit untuk melakukan rutin skincare yang sia-sia.
Anda boleh cuba produk Tokyo Organic Skincare dan lihat sendiri hasilnya. Bahan-bahan yang digunakan adalah natural dan organic. Dan yang penting selamat dan sesuai dengan semua jenis kulit. Anda hanya perlu konsisten dan rajin. Boleh beli DISINI!
Kesimpulannya
Dengan melakukan rutin skincare dengan cara yang betul dan menggunakan produk yang bagus dan bersesuaian, pasti akan menampakkan hasil yang anda inginkan.
Kulit anda akan kelihatan sihat, bersinar dan lebih muda remaja. Keyakinan dan penampilan diri anda juga akan lebih terserlah.
Untuk pembelian rangkaian produk Tokyo Organic, anda boleh dapatkan DISINI!
“Confidence is the most beautiful thing you can possess.”
– Sabrina Carpenter –
No comments yet. Be the first to leave a comment!