Masalah kulit wajah boleh menghantui ramai orang hari demi hari, lebih-lebih lagi wanita. Sebenarnya selain skincare ada banyak faktor lain yang boleh menyebabkan kulit anda “meragam”. Nak tahu apa faktor-faktornya?
Faktor-faktor penyebab kulit “meragam”
- Alahan pada makanan
Antara makanan yang biasanya boleh mencetuskan alahan adalah – susu lembu, telur, legum (kacang soya dan kacang tanah), kekacang, makanan laut dan sebagainya,
Gejala pada kulit – Gatal-gatal dan kerengsaan kulit, bengkak kelopak mata dan bahagian badan yang lain (Angiodema), kulit menjadi kemerah-merahan, gatal dan rasa pedih (Eczema) dan sebagainya.
- Kekurangan nutrisi tertentu
Muka pucat dan badan kurus bukanlah satu-satunya tanda kekurangan gizi atau nutrisi. Kekurangan Vitamin A misalnya, boleh mendorong kepada masalah kulit.
Gejala pada kulit – kulit menjadi gatal, kering, bersisik dan sebagainya.
- Kurang tidur
Semua orang memerlukan tidur untuk menjaga kecantikan, dan ternyata mendapat rehat malam yang baik dan secukupnya dapat memberi impak positif pada kulit.
Gejala pada kulit – mempercepatkan proses penuaan, mengeringkan kulit, dan memburukkan lagi keadaan kulit.
- Infeksi
Kebiasaannya, penyakit kulit terjadi akibat dari infeksi. Ianya boleh datang dari infeksi virus, infeksi bakteria, infeksi parasit atau infeksi kulat.
Gejala pada kulit – cacar, bisul, folikulitis, infeksi yang menyebabkan ruam merah berisi cairan (Impetigo), kudis atau scabies dan sebagainya.
- Hormon tak stabil
Ketidakseimbangan hormon bermaksud hubungan di antara tahap progesteron dan estrogen dalam badan adalah tidak seimbang dan akan memberi kesan sampingan pada badan seseorang.
Gejala pada kulit – jerawat kronik
- Stress
Stress menjadi salah satu faktor utama pemicu masalah pada kulit. Ini kerana, fikiran dan kulit adalah dua hal penting dan saling mempengaruhi – Sistem saraf dan kulit saling berhubungan dan berkomunikasi.
Gejala pada kulit – peradangan pada kulit, kulit kering, kulit berminyak, dan sebagainya.
Kesimpulan
Kesimpulannya, kesihatan mental dan fizikal saling terkait dan boleh mempengaruhi kondisi kulit seseorang. Jadi, jagalah kesihatan anda sebaiknya dari luar dan dalam.
Untuk kesihatan luaran kulit, anda boleh cuba rangkaian produk Tokyo Organic Skincare. Boleh dapatkannya DISINI!

“Healthy skin is a reflection of overall wellness”
No comments yet. Be the first to leave a comment!