Masalah jerawat pasti menjengkelkan dan sedikit sebanyak merendahkan keyakinan diri kerana ianya menjejaskan penampilan diri.
Siapa sahaja yang tak mahu kulit muka bersih tanpa sebarang cela, bukan? Dan disebabkan itu terdapat pelbagai lambakan produk penjagaan kulit muka yang berada di pasaran.
Pilihan ditangan anda
Sebenarnya cara yang paling tepat dan berkesan untuk menyelesaikan masalah jerawat ini adalah berjumpa dengan pakar kulit dan dapatkan rawatan yang bersesuaian. Namun begitu, kos untuk dapatkan nasihat atau rawatan dari pakar kulit semestinya agak mahal.
Jadi alternatif kedua adalah memilih produk skincare yang bersesuaian dan anda perlu fokus pada produk yang tertumpu kepada masalah jerawat. Mungkin anda boleh cuba rangkaian produk Tokyo Organic kerana ianya selamat dan berkesan. Dapatkan DISINI!
Sekiranya anda ingin kaedah yang lebih jimat, ada beberapa cara semula jadi atau tradisional yang mungkin anda boleh cuba untuk mengawal masalah jerawat ini.
Berikut adalah beberapa petua tradisional atau semula jadi untuk hapuskan jerawat
- Pes serbuk kunyit
Titiskan sedikit air pada sesudu serbuk kunyit dan sapu pada jerawat beberapa minit. Lakukan sehingga jerawat pudar.
- Jus daun pudina
Blend daun pudina bersama sedikit air. Tapis airnya dan sapu pada seluruh muka. Lakukan sebelum tidur dan biarkan semalaman.
- Jus buah lemon
Perah jus lemon dan dengan menggunakan bebola kapas, tekap pada jerawat selama 20 minit dan bilas. Lakukan dua tiga kali sehari untuk kesan yang cepat.
- Bawang Putih
Potong bawah putih kepada dua bahagian dan tekap pada jerawat sehingga terasa jus bawang putih melekat pada jerawat. Jus ini mengandungi sulfur yang merawat jerawat dengan cepat.
- Ubat gigi
Sebelum masuk tidur, sapu ubat gigi pada jerawat dan biarkan semalaman.
- Ais batu
Letak ais pada jerawat. Ia akan membantu mengecilkan jerawat
- Pes serbuk kayu manis
Letak sesudu madu atau jus limau pada dua sudu serbuk kayu manis dan sapu pada jerawat
More is less
No comments yet. Be the first to leave a comment!