Rahsia Kulit Bebas Jerawat di Kalangan Remaja - Tokyo Organic

Tokyo Organic

Informations

News

Tokyo Organic latest news, tips and information all in one place.

Rahsia Kulit Bebas Jerawat di Kalangan Remaja

Kulit berjerawat merupakan masalah umum di kalangan remaja. Masalah ini biasanya disebabkan oleh perubahan hormon yang terjadi semasa akil baligh, yang menyebabkan kelenjar minyak di kulit menghasilkan minyak secara berlebihan. Minyak berlebihan ini menyebabkan pori-pori kulit tersumbat dan mengakibatkan pembentukan jerawat.
Berikut adalah beberapa faktor penyebab dan tips untuk mengatasi kulit berjerawat dikalangan remaja:

Faktor Penyebab Kulit Berjerawat:

  1. Perubahan Hormon: Semasa akil baligh, hormon androgen meningkat dan merangsang kelenjar minyak di kulit, ini mengakibatkan penghasilan minyak secara berlebihan.
  2. Genetik: Jika ada ahli keluarga memiliki kulit jerawat, berkemungkinan besar ahli keluarga lain juga akan mengalami masalah yang sama.
  3. Diet: Makanan berlemak, manis, dan produk tersusu boleh menjadi punca jerawat pada sesetengah individu.
  4. Stress: Stress memburukkan lagi keadaan kulit berjerawat.
  5. Produk Penjagaan Kulit: Penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai dengan jenis dan keadaan kulit dapat memburukkan lagi keadaan kulit berjerawat.

 

Tips Mengatasi Kulit Berjerawat:

  1. Cuci Muka dengan Pencuci yang Lembut: Gunakan pencuci muka yang lembut, dua kali sehari untuk menghilangkan kotoran, minyak, dan sisa makeup.
  2. Hindari Memicit Jerawat: Memicit jerawat menyebabkan keradangan dan parut pada kulit wajah.
  3. Gunakan Produk yang Sesuai: Pilih produk penjagaan kulit yang bebas minyak dan non-komedogenik (tidak menyumbat pori).
  4. Hindari Menyentuhan Wajah: Hindari menyentuh wajah supaya kotoran pada tangan tidak dipindahkan ke kulit wajah.
  5. Makan Makanan Sihat: Makan makanan seimbang termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran, serta kurangkan pengamabilan makanan berminyak dan manis.
  6. Rawatan/Nasihat Doktor: Jika anda menghadapi masalah jerawat yang serius, dapatkan nasihat dan rawatan  daripada doktor yang bertauliah.

Mengatasi kulit berjerawat memerlukan penjagaan yang konsisten. Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, golongan remaja boleh mengurangkan risiko kulit berjerawat dan boleh mendapatkan kulit yang lebih sihat dan berseri.

🌷

Jika anda tercari-cari produk penjagaan kulit menggunakan ramuan semulajadi dan untuk mengatasi masalah jerawat, anda boleh mencuba Trial Set Luminasari daripada kami. Anda juga boleh membeli produk ini secara berasingan. Jadi, jangan tunggu lagi! DISINI

 

🌷

Berminat untuk mencuba produk dari Tokyo Organic?

Untuk info lanjut/pembelian, anda boleh lihat beli DISINI

🌷

“Ingatlah sentiasa untuk melindungi kulit anda dengan menggunakan sunscreen setiap hari!”

Berminat untuk dapatkan sample sunscreen percuma dari Tokyo Organic? Anda boleh dapatkannya DISINI!

 

“Harmony with skin, harmony with nature.”

 

30 Artikel Ditulis

Follow our Facebook and Instagram to get latest update, special offers and the latest product release.

No comments yet. Be the first to leave a comment!

Leave a Comment

Note: Your email address will not be shared with third parties. Marked space * is required.

More Post

FREE sample of our New Sunscreen!

Subscribe to our newsletter and receive two samples of our NEW Sunscreen for free with any purchase of Tokyo Organic products.

 

Get the free samples here.

 

This will close in 15 seconds