Kenali punca muka berjerawat - Tokyo Organic

Tokyo Organic

Informations

News

Tokyo Organic latest news, tips and information all in one place.

Kenali punca muka berjerawat

Kulit berjerawat disebabkan oleh beberapa faktor. Berikut adalah beberapa penyebab utama kulit berjerawat:

🌹Penghasilan Sebum Berlebihan: Kelenjar sebaceous pada kulit menghasilkan minyak (sebum) yang berfungsi  melindungi kulit. Produksi sebum yang berlebihan boleh menyumbat pori-pori kulit dan menyebabkan jerawat.

🌹Sel Kulit Mati: Sel kulit mati juga boleh menyumbat pori-pori dan jika bercampur dengan sebum, ianya boleh menjadi tempat pembiakan bakteri penyebab jerawat.

🌹Bakteri: Bakteri Propionibacterium acnes (P. acnes) yang hidup di permukaan kulit boleh berkembang biak dalam pori-pori yang tersumbat dan menyebabkan keradangan menjadi punca jerawat.

🌹Perubahan Hormon: Perubahan hormon, semasa haid, kehamilan, atau penggunaan pil perancang kehamilan, boleh merangsang kelenjar minyak untuk menghasilkan lebih banyak sebum.

🌹Faktor Genetik: Keluarga yang mempunyai keturunan mempunyai masalah jerawat selalunya meningkatkan risiko seseorang untuk mengalami masalah yang sama.

🌹Stress: Stress boleh memicu penghasilan hormon seperti kortisol, yang meningkatkan produksi sebum dan memperburukkan keadaan kulit berjerawat.

🌹Diet: Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan gula dan produk tenusu juga boleh menyumbang kemunculan jerawat pada sesetengah individu.

🌹Penggunaan Produk Kosmetik: Produk kosmetik yang tidak sesuai dengan jenis kulit atau yang menyumbat pori-pori (komedogenik) boleh menyebabkan jerawat. Memilih produk yang non-komedogenik membantu mencegah jerawat.

🌹Kebersihan Kulit: Kurangnya amalan penjagaan kebersihan kulit atau kebiasaan menyentuh wajah dengan tangan yang kotor juga boleh meningkatkan risiko jerawat.

🌹Persekitaran: Terdedah kepada debu & pencemaran serta persekitaran yang lembap atau panas boleh meningkatkan risiko jerawat.

 

Mengatasi kulit berjerawat memerlukan penjagaan kulit yang betul. Berikut adalah beberapa cara efektif untuk mengatasi kulit berjerawat:

🌻Cuci Muka Secara Teratur:

  • Gunakan pembersih wajah yang lembut dua kali sehari (pagi dan malam) untuk menghilangkan minyak berlebih, kotoran, dan makeup.
  • Hindari menggosok kulit terlalu kasar kerana ianya boleh menyebabkan iritasi

🌻Gunakan Produk Non-Komedogenik:

  • Pilih produk penjagan kulit muka dan kosmetik yang non-komedogenik agar tidak menyumbat pori-pori muka.

🌻Hindari Menyentuh Wajah:

  • Jangan menyentuh atau memicit jerawat kerana ianya boleh memburukkan lagi keradangan pada kulit dan menyebabkan parut pada kulit wajah.

🌻Eksfoliasi Secara Teratur:

  • Gunakan eksfoliator yang lembut sekali atau dua kali seminggu untuk menanggalkan sel kulit mati, tetapi hindari eksfoliasi berlebihan kerana ianya boleh menyebabkan iritasi kepada kulit.

🌻Menggunakan Pelembap:

  • Pilih & menggunakan pelembap yang sesuai dengan jenis kulit berjerawat (biasanya pelembap ringan dan bebas minyak).

💡Tips Penggunaan

  • Patch Test: Uji setiap produk penjagaan kulit pada area kecil kulit anda sebelum menggunakan produk baru untuk menghindari reaksi alergi.
  • Perlahan-lahan: Mulailah dengan satu bahan aktif pada satu waktu untuk melihat bagaimana kulit anda bertindak-balas.
  • Konsisten: Penjagaan kulit memerlukan masa, jadi bersabarlah dan lakukan secara konsisten rutin penjagaan kulit anda.

🌷

Jika anda tercari-cari produk penjagaan kulit untuk mengatasi masalah jerawat, anda boleh mencuba Trial Set Luminasari daripada kami. Untuk info lanjut/pembelian, anda boleh lihat beli DISINI

 

🌷

Berminat untuk mencuba produk dari Tokyo Organic?

Untuk info lanjut/pembelian, anda boleh lihat beli DISINI

🌷

“Ingatlah sentiasa untuk melindungi kulit anda dengan menggunakan sunscreen setiap hari!”

Berminat untuk dapatkan sample sunscreen percuma dari Tokyo Organic? Anda boleh dapatkannya DISINI!

 

“Harmony with skin, harmony with nature.”

 

31 Artikel Ditulis

Follow our Facebook and Instagram to get latest update, special offers and the latest product release.

No comments yet. Be the first to leave a comment!

Leave a Comment

Note: Your email address will not be shared with third parties. Marked space * is required.

More Post

FREE sample of our New Sunscreen!

Subscribe to our newsletter and receive two samples of our NEW Sunscreen for free with any purchase of Tokyo Organic products.

 

Get the free samples here.

 

This will close in 15 seconds