3 jenis jeragat yang wajib anda tahu! - Tokyo Organic

Tokyo Organic

Informations

News

Tokyo Organic latest news, tips and information all in one place.

3 jenis jeragat yang wajib anda tahu!

Jeragat adalah salah satu masalah kulit yang sangat merunsingkan, bukan? Kehadiran jeragat atau pigmentasi boleh membuatkan wajah anda kelihatan lebih tua dari usia sebenar.

 

Tahukah anda, dengan merawat masalah jeragat anda boleh kelihatan lebih muda 5 ke 10 tahun?

Apa sebenarnya jeragat ini?

Jeragat dalam term dermatology adalah Hyperpigmentation. Ianya berlaku apabila kulit mengeluarkan “Melanin” secara berlebihan apabila terdedah kepada cahaya matahari.

Fungsi “Melanin” ini adalah untuk melindungi kulit dari radiasi sinaran UV matahari. Namun dek kerana kulit tak mampu nak mencerna sel-sel “Melanin” yang berlebihan ini,  maka ianya akan berkumpul dan membentuk tompok-tompok hitam di permukaan kulit.

 

3 jenis jeragat yang perlu anda tahu!

Sebenarnya, jeragat (hyperpigmentation) ini banyak jenis dan setiap jenis ini level difficultynya adalah tidak sama. Ada yang senang untuk hilang dan ada juga yang hampir mustahil untuk dihilangkan.

  • Freckles
  • Age Spot/ Sun Spot
  • Melasma

 

3 Faktor kemunculan jeragat di wajah!

  • Freckles

Faktor paling utama freckles selain dari genetic adalah kerana anda tidak melindungi kulit dengan sunblock/sunscreen. Freckles ni sekiranya terlebih exposure kepada sinaran UV, boleh mengakibatkan ianya menjadi semakin gelap dan semakin serius. Jadi, rajin-rajinkan lah diri anda untuk memakai sunscreen ya!

 

  • Age Spot/ Sun Spot

Age Spot/ Sun Spot ini terjadi hasil dari pengumpulan sel-sel kulit yang rosak akibat terdedah kepada sinaran UV. Sekiranya bintik-bintik hitam ini tidak banyak dan permukaannya tidak terlalu dalam, ianya sedikit mudah untuk dirawat dengan menggunakan laser treatment.

 

  • Melasma

Melasma boleh terjadi atas pelbagai faktor. Kebiasaannya, ianya disebabkan oleh hormon terutamanya kepada mereka yang tidak menggunakan sunscreen ketika mengandung. Hormon wanita mengandung selalunya tidak stabil, jadi ia akan mendorong badan untuk menghasilkan melanin synthesis secara berlebihan. Melasma adalah jenis jeragat yang paling susah untuk dirawat dan mengambil masa yang agak lama untuk pudar. Treatment untuk melasma ini pula lebih kepada hit & miss kerana ada yang jadi dan ada yang tidak. Pelbagai cara digunakan untuk memudarkannya termasuk rawatan laser, cream dan ada yang menggunakan skincare.

 

Saranan Produk Tokyo Organic skincare yang sesuai

Persaingan untuk produk skincare di pasaran sangatlah banyak sampai susah untuk kita buat pilihan. Ada yang ok dan ada juga yang overclaimed. Jadi hati-hati bila memilih ya.

Pencuci PH rendah memberikan kesan yang positif kepada kondisi kulit. Mampu memperbaiki masalah kulit seperti jerawat dan kesan penuaan. Kebiasaannya, mereka yang mempunyai masalah jeragat cenderung ke arah kulit kering & sensitif.

 

Meningkatkan kadar penghidratan kulit. Memudarkan parut jerawat dan jeragat serta meningkatkan kolagen pada kulit.

 

Dapat memudarkan hiperpigmentasi dan parut jerawat serta mengurangkan tompok hitam pada kulit. Memperbaiki tona warna dan tekstur kulit.

 

Proses dermarolling akan meningkatkan penghasilan kolagen sekaligus mengalakkan pertumbuhan sel kulit yang baru.

 

 

 

Healthy Skin Is Always IN

 

 

61 Artikel Ditulis

Follow our Facebook and Instagram to get latest update, special offers and the latest product release.

No comments yet. Be the first to leave a comment!

Leave a Comment

Note: Your email address will not be shared with third parties. Marked space * is required.

More Post

FREE sample of our New Sunscreen!

Subscribe to our newsletter and receive two samples of our NEW Sunscreen for free with any purchase of Tokyo Organic products.

 

Get the free samples here.

 

This will close in 15 seconds