Skincare tips for a healthy skin! - Tokyo Organic

Tokyo Organic

Informations

News

Tokyo Organic latest news, tips and information all in one place.

Skincare tips for a healthy skin!

Kulit yang sihat dan cantik memerlukan penjagaan yang baik dan berkesan

Semua orang impikan kulit yang cantik, berkilau dan bebas cela. Namun impian ini agak sukar dicapai kerana terlalu banyak pilihan produk penjagaan wajah di luar sana dan ada diantaranya yang mungkin tidak bersesuaian dengan kulit anda.

Jangan risau! Sekiranya anda tahu sedikit sebanyak tips-tips skincare yang berkesan, proses untuk memilih produk yang betul menjadi mudah dan tidak akan sia-sia.

Min pasti ramai yang dah tahu tips-tips basic skincare, kan?

 

Tips-tips asas penjagaan wajah!

  • Mendapat tidur yang secukupnya
  • Minum air secukupnya
  • Mencuci wajah dengan baik

Namun, betul ke tips-tips asas ini mencukupi?

 

 

Tips-tips EXTRA untuk kulit “extra” cantik dan bebas cela!

  • Pencuci muka yang bagus adalah pencuci muka yang hampir sama dengan pH kulit

Pencuci muka yang bagus adalah pencuci muka yang hampir sama dengan pH kulit. Sekiranya pencuci muka yang terlalu berasid atau beralkali, ia akan membuatkan kulit anda kering dan merosakkan skin barrier kulit.

TO Rose Cleansing Mousse contohnya, mempunyai pH sekitar pH5.7, iaitu pH yg lebih kurang sama dengan pH kulit manusia. Jadi ia tidak akan membuatkan kulit terasa kering atau tegang selepas mencuci.

 

  • Cuci berus make up anda dengan kerap

Untuk mengelakkan kulit terkena infeksi atau pori-pori tersumbat, kita digalakkan untuk membasuh berus make up seperti berus concealer atau foundation seminggu sekali. Manakala berus yang digunakan di bahagian mata, sebaiknya dicuci dua kali sebulan dan untuk berus yang lain-lainnya boleh dibasuh sebulan sekali.

Bagaimana hendak mencucinya? Letakkan sedikit shampoo di telapak tangan, kemudian  basahkan bulu berus dengan air suam lalu urutkan berus perlahan-lahan di atas telapak tangan sehingga shampoo merata disetiap helaian berus. Setelah itu, basuh berus sehingga bersih dan lapkan dengan tuala bersih sehingga air meresap. Akhir sekali, letak/gantung berus secara terbalik untuk mengeringkannya.

 

  • Kepentingan Toner

Mungkin ramai yang merasakan Toner tidak penting dalam rutin skincare harian. Sebenarnya, tujuan utama toner adalah adalah untuk memastikan kulit kita bersedia untuk terima nutrien dalam skincare seterusnya yang kita pakai.

TO Rose Toner Mist misalnya, selain menyediakan kulit untuk step skincare seterusnya, ianya juga sangat sesuai untuk mengembalikan kelembapan kulit akibat kekeringan setelah mencuci muka.

 

  • Kulit juga memerlukan Vitamin yang sewajarnya

Pengambilan makanan yang mempunyai gizi seimbang adalah penting, namun terdapat lebih daripada satu cara untuk memberikan Vitamin yang secukupnya kepada kulit anda. Antaranya Vitamin yang diambil secara luaran seperti serum, cream, masker yang mengandungi Vitamin C.

Sebagai contoh TO Vitamin C Powder yang perlu diambil secara luaran. TO Vitamin C Powder ini mempunyai fungsi antioxidant yang mampu mengurangkan kesan-kesan jeragat, bintik-bintik hitam dan mampu memperbaiki tona kulit yang tidak sekata.

 

  • Lakukan proses exfoliate seminggu sekali

Menurut Dr. Gohara, “We lose 50 million skin cells a day, and without a little extra nudge, they may hang around leaving the skin looking sullen.”. Selain membuatkan kulit nampak kusam, sel-sel kulit mati ini juga boleh menyebabkan pori-pori tersumbat jika tidak dibuang atau ditanggalkan dengan baik.

Untuk melakukan proses exfoliation ini, pilihlah produk yang bersesuaian dengan kulit serta mempunyai pH yang neutral/seimbang dengan pH kulit supaya proses ini tidak membuatkan kulit bertambah kering.

 

  • Pastikan kulit sentiasa terhidrasi luar dan dalam

A lack of water means less radiance and more sag,” kata Dr. Mona Gohara, pakar Dermatology. Dia menyarankan untuk memilih produk skincare sama ada cleanser, moisturizing dan serum yang mengandungi formula hidrasi. Dan jangan lupa juga untuk minum 8 gelas air sehari.

Tak kira apa jua jenis kulit termasuk kulit berminyak sekalipun, anda perlu pakai skincare yang melembapkan seperti hydrating toner & moisturizer. Kerana minyak yang berlebihan terhasil akibat dari kulit yang terlampau kering & kurang hidrasi.

 

Well, ada berita baik untuk anda semua! Anda boleh dapatkan TO Rose Cleansing Mousse, TO Rose Toner Mist & TO Vitamin C Powder dalam Year End Sale 2022 kali ini.

Jika berminat, anda boleh dapatkannya  DISINI, sebelum sale tamat pada 15 Januari 2023 nanti ye! FREE Postage Nationwide & Discount menarik menanti anda tau. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

 

 

Healthy skin doesn’t happen overnight.

 

 

 

61 Artikel Ditulis

Follow our Facebook and Instagram to get latest update, special offers and the latest product release.

No comments yet. Be the first to leave a comment!

Leave a Comment

Note: Your email address will not be shared with third parties. Marked space * is required.

More Post

FREE sample of our New Sunscreen!

Subscribe to our newsletter and receive two samples of our NEW Sunscreen for free with any purchase of Tokyo Organic products.

 

Get the free samples here.

 

This will close in 15 seconds