Tips menggunakan serum mengikut jenis kulit - Tokyo Organic

Tokyo Organic

Informations

News

Tokyo Organic latest news, tips and information all in one place.

Tips menggunakan serum mengikut jenis kulit

Perlu pandai memilih serum

Cara memilih serum wajah boleh dikatakan tidak terlalu mudah dan juga tidak terlalu susah. Namun untuk menampakkan kesan yang lumayan, anda perlu pastikan untuk memilih serum wajah yang bersesuaian dengan kondisi dan jenis kulit anda.

Lain jenis kulit, lain pula jenis serum yang harus digunakan. Nak tahu? Min ada senaraikan beberapa jenis serum wajah bersesuaian dengan kondisi kulit.

 

Serum wajah untuk kulit kering

Kepada yang memiliki jenis kulit kering, cuba anda cari serum wajah yang mengandungi Vitamin E, Niacinamide, ceramide dan Glycolic Acid. Kandungan ini dapat menjaga kelembapan kulit anda.

 

Serum wajah untuk kulit yang mengalami penuaan

Kepada anda yang mengalami masalah penuaan seperti kedutan, garis-garis halus dan sebagainya, pilihlah serum wajah yang mengandungi kombinasi Vitamin C, Vitamin E dan Ferulic Acid.

 

Serum wajah untuk kulit berjerawat

Kepada anda yang mengalami masalah jerawat, anda boleh cuba serum yang mengandungi Salicylic Acid. Ini kerana ianya bermanfaat untuk mengurangi peradangan dan mencegah pori-pori dari tersumbat.

 

Serum wajah untuk bintik hitam di wajah

Serum wajah yang mengandungi Vitamin C dianggap dapat mencegah bintik-bintik hitam, memperbaiki cela akibat jerawat dan akibat terdedah kepada sinaran matahari dan juga meransang produksi kolagen.

 

Serum wajah dari Tokyo Organic

Serum wajah dari Tokyo Organic dirumus khas untuk melembapkan kulit wajah.

Kombinasi ramuannya sangat sesuai untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah, mengurangi bintik-bintik hitam dan juga mengurangi tanda-tanda penuaan seperti garis-garis halus dan sebagainya.

Ingin tahu lebih lanjut berkenaan ingredients Rose Serum dari Tokyo Organic, anda boleh baca DISINI! Dan sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Rose Serum ini, boleh beli DISINI!

 

 

Self care starts with skin care.

 

 

Tokyo OrganicTokyo Organic Skincare TipsTokyo Organic SkincareskincareSkincare tipsTokyo Organic Rose Serum
61 Artikel Ditulis

Follow our Facebook and Instagram to get latest update, special offers and the latest product release.

No comments yet. Be the first to leave a comment!

Leave a Comment

Note: Your email address will not be shared with third parties. Marked space * is required.

More Post

FREE sample of our New Sunscreen!

Subscribe to our newsletter and receive two samples of our NEW Sunscreen for free with any purchase of Tokyo Organic products.

 

Get the free samples here.

 

This will close in 15 seconds