Tokyo Organic

Informations

News

Tokyo Organic latest news, tips and information all in one place.

Teknologi Terbaru dalam Penjagaan Kulit Wajah

Teknologi terbaru dalam penjagaan kulit wajah terus berkembang dengan pesat, menawarkan solusi yang lebih maju dan efektif untuk pelbagai masalah kulit. Beberapa teknologi terbaru termasuk:

1. Mikrodermabrasi dan Dermaroller:

  • Mikrodermabrasi: Teknik ini menggunakan alat khusus untuk membuang lapisan kulit mati, memperbaiki tekstur kulit, dan mengurangkan penampilan garis halus serta bekas jerawat.
  • Dermaroller: Alat ini mempunyai jarum-jarum kecil yang digunakan untuk menggalakkan penghasilan kolagen dan elastin, membantu dalam menganjalkan kulit.

 

2. Terapi Cahaya LED:

  • Cahaya Merah: Meningkatkan produksi kolagen dan mengurangkan keradangan.
  • Cahaya Biru: Membunuh bakteria penyebab jerawat dan mengurangkan penghasilan minyak berlebihan.

3. Laser Fractional CO2:

  • Teknologi ini efektif untuk mengatasi kerutan, bekas luka, dan pigmentasi dengan menggalakkan penumbuhan kulit baru melalui rawatan laser.

4. Ultherapy:

  • Menggunakan gelombang ultrasound (bunyi) untuk mengencangkan lapisan dalam kulit tanpa rawatan pembedahan.

5. Microneedling dengan PRP (Platelet-Rich Plasma):

  • Kombinasi microneedling dengan PRP yang diambil dari darah sendiri adalah untuk mempercepatkan proses penyembuhan  kulit.

6. Hydrafacial:

  • Rawatan pembersihan wajah yang menggunakan alat khusus untuk membersihkan pori-pori serta melembapkan kulit dengan serum yang disesuaikan dengan keadaan kulit.

7. Peptida dan Stem Cell:

  • Produk penjagaan kulit yang mengandungi peptida dan stem cell membantu dalam penghasilan kulit dan meningkatkan keanjalan kulit.

8. Teknologi Nano:

  • Penggunaan partikel nano dalam produk penjagaan kulit untuk meningkatkan menembusan bahan aktif ke jauh dalam kulit, memberikan hasil yang lebih cepat dan efektif.

9. Cryotherapy:

  • Penggunaan suhu dingin ekstrem untuk merangsang keanjaan kulit, mengurangkan keradangan, dan meningkatkan pengedaran darah.

10. Teknologi AI dan Aplikasi Pintar:

  • Penggunaan AI dan aplikasi pintar untuk menganalisa keadaan kulit serta mampu merancang produk serta penjagaan yang sesuai berdasarkan data yang diperolehi.

Teknologi-teknologi ini memungkinkan penjagaan kulit yang lebih personal dan efektif, memberikan hasil yang lebih baik dan cepat bagi pelbagai jenis dan masalah kulit.

🌷

Disamping menggunakan teknologi-teknologi diatas untuk merawat & menjaga kesihatan kulit, pastikan anda  menggunakan produk penjagaan kulit yang sesuai dengan jenis atau masalah kulit anda, kerana ia bukan sahaja mampu merawat masalah kulit, malah ia mampu menghasilkan kulit yang lebih sihat, bersih, dan berseri.

Toner adalah salah satu produk penjagaan kulit yang penting. Jika anda masih tercari-cari toner untuk masalah kulit anda, cubalah Tokyo Organic Rose Hydrating Toner(Formula Terbaharu) daripada kami. Info lanjut/pembelian boleh dibuat DISINI

 

🌷

Berminat untuk mencuba produk dari Tokyo Organic?

Untuk info lanjut/pembelian, anda boleh lihat beli DISINI

🌷

“Ingatlah sentiasa untuk melindungi kulit anda dengan menggunakan sunscreen setiap hari!”

Berminat untuk dapatkan sample sunscreen percuma dari Tokyo Organic? Anda boleh dapatkannya DISINI!

 

“Harmony with skin, harmony with nature.”

 

55 Artikel Ditulis

Follow our Facebook and Instagram to get latest update, special offers and the latest product release.

No comments yet. Be the first to leave a comment!

Leave a Comment

Note: Your email address will not be shared with third parties. Marked space * is required.

More Post

NEW!

TO Rose Hydrating Toner!

Experience the improved formula of TO Rose Hydrating Toner, a vegan and muslim-friendly product crafted with 91% natural ingredients.

 

Keeps your skin hydrated and refreshed!

 

Order here!

 

This will close in 5 seconds